Friday, November 28, 2008

Kes Cerai Artis : Radhi OAG bakal dipenjara?

Hari Perkahwinan.

Dengar-dengar isteri Radhi, Shazlin Sharif telah hadir ke mahkamah atas urusan pengesahan lafaz cerai oleh Radhi. Namun setelah 2 kali mahkamah memanggil Radhi untuk hadir ke mahkamah, Radhi tidak muncul juga. Jika selepas ini Radhi tetap tidak memberikan kerjasama dengan mahkamah, berkemungkinan besar Radhi boleh dikenakan hukuman penjara.

Menurut seorang wartawan hiburan, pasangan ini sudah lapan bulan tidak tinggal serumah. Pergolakan rumahtangga mereka juga di’fahamkan bermula sejak Sehati Berdansa musim pertama dahulu.

Radhi juga di’katakan telah melafazkan kata cerai terhadap Shazlin, tapi sehingga hari ini belum ada sebarang pengesahan cerai dari mahkamah syariah. Sumber sama menambah, khabarnya sudah dua kali Radhi gagal hadir ke mahkamah syariah untuk pengesahan cerai mereka.

Rozita Che Wan Sudah Bernikah Tiga Bulan Lalu ?


Lagi cerita Rozita Che Wan dan kisah cintanya. Baru sahaja di’gossipkan dengan Datuk K tentang pemberian kereta BMW & kenyataan media yang menyatakan cinta antara Rozita & Zizan Nin masih ada, muncul satu lagi cerita yang menyatakan Rozita Che Wan sudah bernikah — tiga bulan lalu.

Berita tentang pernikahan Rozita dan seorang pegawai eksekutif syarikat telekomunikasi terkenal (confirm bukan Zizan Nin atau Datuk K) hanya di’ketahui oleh orang terdekat & tiada sebarang sebaran di’lakukan.

Jika gossip ini benar, yang mana Rozita Che Wan akan jawab beberapa hari lagi dalam tabloid tempatan, maka ini akan menjadi satu kekecewaan buat peminat seni yang mengikuti perkembangan kisah cinta Rozita Che Wan. Lebih kecewa lagi jejaka-jejaka yang mengharap.


Saturday, November 15, 2008

Nora menanti kelahiran putera


NORA Danish tidak sabar bergelar ibu kepada seorang putera yang bakal lahir tidak lama lagi.

SETIAP wanita inginkan pengakhiran yang menggembirakan dalam hidup mereka. Disayangi dan dicintai oleh lelaki yang bergelar suami antara impian dan doa yang pastinya diingini oleh setiap wanita.

Namun bagi aktres comel, Nora Danish, ketentuan hidup yang dialaminya kini adalah suratan takdir Yang Maha Esa.

Tidak menyalahkan takdir serta tidak juga mahu menagih simpati atas apa yang telah terjadi, kini Nora sedang mengumpul kekuatan untuk melalui kehidupan yang mendatang.

Masakan tidak, jika wanita lain yang sedang hamil ditemani lelaki yang bergelar suami namun aktres berusia 26 tahun ini pula bersendirian.

Mungkin jika hati tidak cekal pastinya dia akan menangis kerana menghadapi saat-saat sukar tersebut tetapi Nora bersyukur meskipun tanpa suami di sisi, dia masih mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa menemani dirinya sehingga kini.

Mengambil keputusan untuk merehatkan diri daripada sebarang publisiti, pelakon popular siri Puteri ini lebih senang dan tenang dengan keadaan sedemikian.

Akui Nora, bukanlah niatnya untuk melarikan diri daripada pihak media mahupun peminat yang sentiasa mendambakan cerita terbaru mengenai diri dan kandungannya tetapi ada beberapa sebab dia memilih jalan sebegitu.

“Saya tak lari daripada sesiapa, tapi saya perlu banyak berehat. Kandungan saya pun semakin membesar jadi tak akan saya nak aktif macam selalu. Biarlah saya lebih banyak memberi tumpuan pada kandungan ini,” katanya menjelaskan situasinya ketika ditemui pada majlis Anugerah Skrin 2008 baru-baru ini.

Menyambung perbualan terang aktres berusia 26 tahun ini, jika ada yang risau mengenai kehidupannya, baik lupakan sahaja.

Kata Nora, dia kini sedang berbahagia dengan kehidupannya. Malah dia amat bersyukur kerana Tuhan memudahkan perjalanan hidupnya khususnya selepas perkahwinan bersama Rizal Ashram Ramli berakhir.

“Saya sangat gembira. Jangan risau tentang saya. Walaupun saya sendiri tapi saya masih ada keluarga dan rakan-rakan di sekeliling saya yang menguatkan diri saya,” ujar Nora lagi.

Bercerita lanjut mengenai kandungannya nyata wajah ceria seorang ibu jelas terpancar kata Nora: “Kandungan saya sudah berusia tujuh bulan dan dijangka akan bersalin pada bulan Januari tahun depan. Bayi dalam kandungan ini lelaki.”

Dalam nada perlahan pemilik nama sebenar Nora Mohd. Danish Hanif ini berkata, sememangnya dia tidak menyangka perkahwinannya dengan lelaki yang dicintainya berakhir sedemikian rupa.

Namun sebagai umat Islam, Nora tidak akan sama sekali mempertikaikan suratan Ilahi.

Menyedari setiap yang berlaku pasti ada rahmat di sebaliknya Nora optimis untuk terus bangkit dan melupakan segala yang berlaku.

“Tak akan kita nak bersedih sahaja setiap hari. Saya masih boleh berfikir dengan baik untuk kebaikan diri dan anak saya,” jelasnya yang kelihatan semakin comel meskipun berbadan dua.

Mengutip pengalaman ibunya juga seorang ibu tunggal, Nora yakin dapat membesarkan anak sulungnya itu dengan baik.

"Saya okey, ibu saya pun ibu tunggal. Wanita sekarang kena kuat tak akan nak lemah sahaja. Girl power!” katanya bersahaja.


Jom Bercuti Ke Korea

Anda teringin membawa anak-anak bercuti semasa cuti sekolah nanti? apa kata ke Korea, destinasi menarik terutamanya semasa musim salji. Lihat saja keluarga Fasha Sandha bercuti di sana, seronok bukan?




















Thursday, November 13, 2008

Fasha Sandha ke Indonesia Lagi?



Al-kisahnya, kerana telah tersedar akan mutu lakonan & suara kepitnya yang menjadi bahan jenaka peminat hiburan tanah air, Fasha Sandha bercadang untuk melanjutkan pelajaran dengan mengambil kursus lakonan di’salah sebuah universiti di Indonesia.

Satu pertanyaan buat peminat hiburan tanah air, jika Fasha Sandha hilang untuk setahun atau dua, adakah anda akan merindukan kelibat beliau di TV & media massa?


Wednesday, November 12, 2008

Kes Khalwat Norman Hakim : Cerita Dari Memey

Berikut adalah artikel penuh pengakuan Memey Suhaiza tentang situasi beliau ketika di’tangkap khalwat bersama Norman Hakim. Cerita yang agak berlainan dari apa yang keluar dari mulut Norman Hakim, tetapi tidak mengapa, elok untuk hiburan di petang hari begini. Enjoice!

“Saya tidak sedar Norman pulang ke pejabat pada waktu itu. Apa yang saya tahu, setelah serbuan dibuat, barulah saya sedar Norman berada di aras dua pejabat itu,” luah pelakon muda, Memey Suhaiza atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi berhubung kes ditangkap khalwat bersama aktor dan suami kepada pelakon Abby Abadi, iaitu Norman Hakim.

Pelakon dan model berusia 20 tahun itu yang enggan memberikan sebarang komen semalam bagaimanapun hari ini tampil untuk menjelaskan perkara sebenar yang terjadi setelah dia dan Norman ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar pukul 3 pagi semalam.

Dalam nada sugul, Memey menceritakan insiden itu sama sekali tidak disangka akan terjadi kepada dirinya yang ketika ini baru saja merangkak untuk mengukir nama di dalam bidang lakonan.

“Setelah mesyuarat selesai kira-kira jam 12 malam, Norman keluar dan saya bersama beberapa lagi staf yang lain masih berada di pejabat. Kemudian seorang demi seorang pulang dan akhirnya tinggal saya saja di aras satu pejabat itu kerana saya perlu menyiapkan sedikit lagi urusan lain.

“Sehinggalah saya terdengar bunyi ketukan bertalu-talu di pintu, tetapi saya tidak berani untuk keluar lihat. Akhirnya saya hubungi abang Norman, Sophee dan lebih kurang setengah jam selepas itu dia sampai di pejabat.

“Barulah saya sedar yang pejabat itu telah diserbu oleh JAIS dan Norman berada di aras dua. Saya amat terkejut dengan apa yang berlaku dan saya akui, sehingga hari ini saya masih lagi bingung.

Memey sanggup berdepan dengan Abby untuk menjelaskan perkara sebenar

“Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang komen semalam, bukan kerana ingin menyembunyikan diri, tetapi saya perlu ruang untuk menenangkan fikiran.

“Alhamdulillah, setelah mendapat sokongan daripada ibu dan ahli keluarga semua, barusaya rasa saya mampu untuk berdepan dengan pihak media. Malah, ibulah orang pertama yang saya hubungi sebaik ditahan JAIS,” kata gadis yang dibesarkan di sebuah felda di Kota Tinggi, Johor ini.

Jelas pelakon yang popular menerusi beberapa buah drama seperti Graduan, Farah Syakirah dan Mahsuri ini, dia menganggap apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran buatdirinya.

Namun, Memey tidak nafikan perasaan gusar sentiasa menyelubunginya apatah lagi bila memikirkan perasaan isteri Norman, Abby, yang pastinya terguris ekoran kejadian itu.

Lebih memburukkan keadaan, Memey juga sebelum ini dicop menjadi ‘orang ketiga’ di dalam rumahtangga pasangan itu yang kini dikatakan sedang bergolak, malah sebelum berlakunya insiden itu lagi.

Gosip tentang hubungannya dengan aktor drama Gerak Khas itu mula bertiup awal tahun ini apabila mereka dikatakan mula rapat setelah membintangi drama bersiri Pasrah.

Sehinggalah baru-baru ini apabila khabar angin mengatakan Norman sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand dan wanita itu dikatakan adalah Memey.

Namun, kedua-duanya menafikan hal tersebut.

“Saya tidak harap orang akan faham masalah saya, tetapi cuba letak diri anda di tempatsaya sekarang, apa yang akan anda buat? Berkali-kali saya menafikan yang saya mempunyai hubungan lebih dari seorang sahabat dengan Norman, tetapi dengan apa yang baru terjadi ini, saya tahu orang akan cakap macam-macam pada saya.

“Saya tidak mampu buat apa-apa. Saya sedar, orang akan salahkan saya sebagai perampas mahupun punca pergolakan rumahtangga mereka. Saya hanya berharap saya mampu lakukan yang terbaik untuk membersihkan nama saya.

“Sejak semalam, saya asyik memikirkan bagaimana penerimaan ramai terhadap diri saya selepas ini. Saya amat takut jika kes ini akan turut menjejaskan karier saya.

“Tetapi setakat ini saya bersyukur, stesen televisyen dan pihak produksi drama yang saya terlibat tidak berhasrat untuk ‘gam’ saya atau sebagainya setelah saya hubungi mereka semalam,” kata anak saudara kepada pelakon dan penerbit drama, Darling Ngasri ini.

Ditanya sama ada dia akan berdepan sendiri dengan Abby untuk menjelaskan hal yang sebenar, Memey berkata:

“Saya tiada masalah untuk bersemuka dengannya. Kalau inilah satu-satunya cara boleh jernihkan semula keadaan, saya akan buat. Saya faham buat masa ini, emosi Abby pasti tidak menentu. Masalah sebelum ini pun belum selesai, ditambah pula dengan kes baru.

“Seboleh mungkin, saya akan cuba selesaikan masalah ini. Norman ada juga menghubungi saya semalam dan kami berbincang bagaimana untuk membersihkan nama masing-masing.

“Saya tidak marah jika Abby rasa terguris dengan saya kerana saya faham perasaan yang sedang dia alami,” kata Memey.

Menurut Memey, sewaktu gosip hubungannya bersama Norman bertiup kencang sekitar awaltahun ini, dia sendiri pernah menghubungi Abby dan menjelaskan khabar angin tersebut tidak benar.

“Ketika itu, Abby menerima penjelasan saya. Tetapi, sekarang ini, saya tidak tahu macam mana,” tutur Memey yang ketika ini sedang sibuk di penggambaran drama Bara Ku Genggam untuk siaran RTM.




kredit to ohbulan.com

Tuesday, November 11, 2008