Monday, October 19, 2009

Perkahwinan Damien VE tidak sah?



Itulah yang di dakwa ayah Nadia dalam paparan Melodi tengah hari tadi(18/10/09). Menurutnya, dia tidak mengenali siapa Damian Mikhail dan hanya mengetahui penyanyi-komposer itu mempunyai hubungan dengan anaknya, Nadia Dayana apabila membaca laporan media.

"Semua ini satu penipuan yang di buat lelaki ini. Akad nikah tidak berlaku. Saya tak tahu apa motif dia. Bagi saya, orang yang waras akal tidak akan buat 'statement', buat benda ni tanpa berjumpa keluarga. Dia telah menipu gadis yang keluar sekolah, dan pengaruh anak saya dan anak saya turut saja."

Mengenai kenyataan Damian sebelum ini yang perkahwinannya dengan Nadia tidak mendapat restu keluarga, ayah Nadia menjawab, "Dia tak datang jumpa sekali pun dengan saya dan saya tak pernah kenal dia, macam mana nak beri restu? Restu untuk apa? Mereka kata saya bantah tapi saya bantah untuk benda yang takde. Mereka kata mereka dah nikah. Di mana buktinya?"

Tentang dakwaan Damian yang perhubungannya dengan Nadia di halang keluarga, balas ayah Nadia, "Dari awal cara benda ini berlaku sudah tak betul, melanggar peraturan dan adat orang Islam dan Melayu. Jika dari awal sudah tak betul, macam mana nak restui?

"Saya tak halang tapi benda ni tak datang pada saya, takde perbincangan, saya tak tahu latar belakangnya dan saya tak tahu ada perhubungan. Tiba-tiba ada akad nikah, resepsi dan berita saya jatuh sakit. Itu penipuan namanya."

Ayah Nadia juga membetulkan laporan media sebelum ini yang mengatakan anaknya itu berusia 21 tahun padahal dia hanya berumur 19 tahun.

Turut dikongsi ayah Nadia, SMS yang telah di hantar Damian kepadanya.

"Salam. I haven't done anything wrong and if you want to call and threaten me macam tu, so be it. When you want to know the truth, demi Allah, I'll give it to you. But don't pre-judge people based on fitnah. I have nothing to hide. Kalau nak jumpa, bagitau je.

I'm not asking you to marry me to your daughter but if you want the truth, we can meet. Do a background check on the "people" that kononnya are telling you the so-called truth.

Jangan menganiaya orang macam ni. I'm sorry but I didn't know your daughter didn't tell you or talk to you about getting married. I was under the impression you knew. Lagipun, I don't know much about the culture."

"Dia hantar SMS menafikan semua yang telah dilaporkan dalam media. Dia kata saya dah tahu semuanya, jadi dia pun membuat majlis nikah, resepsi dan sebagainya. Biasanya orang nak nikah ni akan berjumpa dulu dengan ibu bapa mertua tapi ini tak berlaku.

"Sekarang dia tuduh anak saya yang rancang semua ini, walhal dia yang beri kenyataan pada media dan hantar gambar. Saya cukup risau masa depan anak saya dengan orang macam ni. Siapa pun tak setuju anak mereka dengan orang yang berkelakuan seperti ini, dari awal dah menipu."

Tambahnya, Nadia telah banyak berubah sejak bertemu Damian. "Dia tak fokus. Bila tanya sesuatu, dia hilang ingatan. Dia bukan anak yang saya kenal macam dulu. Saya syaki ada benda halus.

"Sewaktu anak saya keluar rumah dan duduk dengan kawan-kawannya, kami tiada masalah. Tiba-tiba, dia terpengaruh dengan lelaki ini. Kita tahu pun (perhubungan Nadia dan Damian) apabila keluar laporan dalam media. Kita terperanjat dan saya cari anak saya. Anak saya anak baik mustahil dia akan buat benda ini. Memang ada unsur-unsur halus."

Ayah Nadia juga memaklumkan bahawa dua laporan polis telah di buat terhadap Damian dan tindakan akan di ambil ke atasnya. Malah, dia juga memberi amaran akan "mengambil tindakan undang-undang keras dan jantan ni akan terima balasan untuk segala perbuatannya."


Wednesday, October 14, 2009

Ida Nerina Diceraikan Pada Hari Raya Kedua?

Shahrin dan Ida ketika 2007.

PETALING JAYA: Shahrin Razali, bekas pemain drum kumpulan Black Rose, yang juga suami kepada aktres terkenal Ida Nerina didakwa telah melafazkan cerai terhadap aktres veteran itu pada Hari Raya kedua baru-baru ini.

Ida Nerina Hussein, 45, kini sedang dirawat di PPUM, setelah cedera teruk di tulang belakang akibat terjatuh pada 21 Jun lalu di dalam rumahnya.

Episod penceraian itu dilaporkan berlaku akibat pergaduhan yang tidak berkesudahan dan berlanjutan sehingga suami Ida tidak mampu mengawal amarahnya sehingga melafazkan cerai terhadapnya.

Menurut sumber yang boleh dipercayai itu lagi, selepas Shahrin melafazkan cerai terhadap Ida, beliau telah keluar meninggalkan rumah pelakon filem ‘Susuk’ itu.

"Pada Jumaat lepas, suami Ida telah datang ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk mengisi borang pengesahan lafaz cerai.

"Namun begitu, dia belum memfailkan kes cerai itu lagi," kata sumber itu.

Dalam pada itu, Shahrin atau nama sebenarnya Sha'arin Mohammed Razali ketika diminta mengesahkan hal cerai itu bagaimanapun enggan ditemubual dengan memberikan alasan sedang sibuk.

"Saya tengah sibuklah..," jawab abang kepada bekas pemain drum kumpulan OAG dan pelakon Qushairi atau Qi ini ringkas ketika dihubungi dan terus memutuskan talian.

Sementara itu, ketika dihubungi untuk mengesahkan berita perceraian Ida, ibu saudara Ida iaitu pengarah Rohani Yusoff dalam nada marah-marah dan sinis enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

"Bagi saya, benda yang elok kita ceritakan dan yang tak elok kita diamkan..," ujarnya ringkas sebelum memutuskan talian.

Pada 21 Jun lalu, Ida Nerina yang juga bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia musim ke-7 ini telah menjalani rawatan membetulkan tulang belakangnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terjatuh di rumahnya.

Kemalangan itu berlaku ketika menaiki tangga di ruang tamu dalam rumahnya yang terletak di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 3 pagi.

Sebelum ini, pengurus peribadinya, Fizaruddin Harun atau Fizar menafikan khabar angin yang mengatakan aktres itu dipukul sehingga menyebabkan dia terjatuh.

Fizar juga mendakwa Ida tidak mungkin terjatuh disebabkan hilang pertimbangan kerana 'mabuk' memandangkan aktres itu baru pulang dari umrah.

Katanya, Ida tergelincir lalu terjatuh apabila sedang menaiki tangga dengan tergesa-gesa.

Fizar juga turut menafikan yang Ida mungkin lumpuh akibat kecederaan tulang belakang yang dialaminya selepas insiden itu kerana sehingga kini doktor belum mengeluarkan laporan itu.

Ida, aktres kelahiran Middlesex, England, dan Shahrin telah berkahwin pada 2 Jun 2006. Ini merupakan perkahwinan kedua bagi pasangan ini.

Pasangan ini tidak mempunyai anak manakala Shahrin mempunyai dua orang anak iaitu Narissa, 14, dan Arman, 8, hasil perkahwinan pertamanya.



Wednesday, September 16, 2009

Dato Siti di Mekah Menunaikan Umrah


Alhamdulillah, ramai jugak artis kita yang menunaikan umrah dan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Tanah Haram tahun ini. Dato Siti Nurhaliza yang selamat tiba kelmarin di Madinah kini sudahpun berada di Kota Mekah. Selamat beribadat ye TokTi.

Wednesday, September 9, 2009

Michelle (Melodi) dengan Boyfriendnya...

Selalunya Michele ni (pengacara Melodi) yang suka menerjah orang. Kali ini apa kata kita terjah dia pula. Desas desus mengatakan hubungan rapat antara Michele dengan Tengku Naharuddin Izwan pengacara rancangan remaja.













Bekas isteri Akhil Hayy, Maizawati Rakam Lagu Baru!

Bekas isteri Akhil Hayy, Maizawati Rakam Lagu Baru!. Wah, semenjak dapat status J nih, Maizawati mengorak langkah dengan menjadi seorang artis rakaman la pulak. Entahla, dunia-dunia, sebelum ni kata tanak masuk dunia hiburan... tup tup....






Friday, September 4, 2009

Rahul Lemos Bikin Retak Rumahtangga Anang-Kris Dayanti?



Kecoh juga cerita rumahtangga pasangan ni yang telah bercerai dengan talak 3. Fuh, bukan calang2 talak tu, talak 3 terus, marah sungguh Anang dengan Kris. Siapakah yang bersalah? dengarnya Kris yang mula berpacaran dengan seorang hartawan daripada Timur Leste. Entah... tunggukan jek berita seterusnya.....


Friday, May 15, 2009

Serina Ridzwan Bakal Kahwini Jejaka London?


GAM dapat tahu yang anak dara Chef Wan nih bakal mengakhiri zaman daranya tak lama lagi. Dengar cerita lagi jejaka tersebut daripada London you. Gavin atau nama Islam’nya ialah Salahudin sudah lama memeluk Islam sebelum mengenali Serina lagi. Dengarnya juga majlis pernikahan akan dilangsungkan pada 11 Julai ini di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, jam 10 pagi.

Alhamdulillah... kawin jugak ye dek non... lepas putus cinta dedulu tuh...




Minum Arak : Adik Elyana ke?


Adoiyai, adik pun giler glamor sampai lupa halal haram ke? harap-harap ini bukan adik kepada artis Elyana tu, bukan apa, kadang kadang adik beradik pun boleh kasi jatuh nama jugak wooo...

Monday, March 9, 2009

Datin Tiara Jacquelina Pengetua AF7


Akhirnya terlerai sudah siapakah yang akan mengambil tampuk kuasa pengetua Akademi Fantasia 7, Bermulanya Transformasi... Tiara Jaquelina @ Principal akan membawa AF 7 ke dimensi baru. Kita tunggu dan lihat perubahan yang akan dibawanya.



Thursday, February 5, 2009

Mas AF2 meracau, mengamuk di balai polis




KUALA LUMPUR - Seorang penyanyi program realiti TV popular dimasukkan ke Wad Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur semalam selepas dia menimbulkan kekecohan di Balai Polis Pandan Indah di sini.

Kejadian pukul 10 malam kelmarin itu berlaku ketika Mas atau nama sebenarnya Asma Ghani, 28, berada di balai polis itu untuk membuat laporan terhadap syarikat rakaman Maestro.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, penyanyi wanita kelahiran Akademi Fantasia 2 (AF2) itu mendakwa dia tidak berpuas hati dengan syarikat itu kerana tidak menerbitkan albumnya.

"Ketika membuat laporan, wanita yang menetap di Pandan Mewah itu tiba-tiba beremosi sehingga ketawa seorang diri, marah-marah dan buat bising.

"Lebih menghairankan apabila dia enggan menandatangani laporan yang telah siap diambil anggota polis," katanya sambil memberitahu artis itu datang seorang diri ke balai polis.

Menurut beliau, melihat perubahan sikap artis itu, anggota polis pada mulanya menasihati Mas supaya menenangkan fikiran di satu sudut di balai tersebut.