Thursday, November 25, 2010

Eira Syazira-Azad Jasmin Enggan Heboh Hubungan Cinta


Azad dan Eira melakonkan watak sebagai pasangan kekasih dalam drama Anak Mami Mek Ani di Astro Warna. - Foto oleh NORAFIFI EHSAN
PETALING JAYA: Pasangan artis Eira Syazira dan Azad Jasmin pernah mengaku tentang hubungan cinta mereka baru-baru ini.
Namun, cukuplah sekali pengakuan tersebut dilakukan. Bagi mereka, selebihnya tidak perlulah terlalu dihebahkan kepada umum.
“Setakat ini, kami tidak menafikan tentang hubungan kami tapi rasanya tidak perlulah diceritakan lebih lanjut tentang sejauh mana.
“Ini kerana kami mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada hubungan cinta kawan-kawan artis lain. Biarlah kami simpan cerita peribadi ini sendiri. Apabila tiba masanya, kami akan terangkan kepada semua,” kata Eira Syazira atau mesra disapa Eira .

Johan Raja Lawak Tetap Teruskan Saman Terhadap Javed


Johan tidak menarik kes samannya terhadap Javed untuk dijadikan pengajaran kepada pengarah lain. Foto TheStar oleh SHAARI CHE MAT
WANGSA MAJU: Pelakon dan pelawak, Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 26, menegaskan bahawa dia tidak akan menarik balik kes saman terhadap pengarah Mohd Javed Mohd Nizar.
Beritahu Johan, dia meneruskan saman tersebut untuk dijadikan sebagai pengajaran buat orang lain walaupun dia telah memaafkan pengarah tersebut.
"Sebenarnya saya telah pun maafkan dia. Tetapi saman tetap saman. Buat masa ini saya tak terfikir pun untuk selesaikan kes di luar mahkamah.
"Ini sebagai pengajaran buat pengarah lain agar tidak membuat perkara yang tidak sepatutnya terhadap pelakon lain.

Wednesday, November 24, 2010

Yuna dan Qi (Qushairi Razali) Blogger Boy Bercinta?


TEMPOH perkenalan antara pelantun lagu Dan Sebenarnya, Yuna dan aktor utama drama bersiri popular Blogger Boy, Qushairi Razali atau Qi, baru menjangkau sebulan.
Namun, bibit-bibit kemesraan seperti pasangan bercinta tidak dapat disembunyikan lagi. Semua itu dapat disaksikan ketika mereka menghadiri majlis Shout! Awards yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam Sabtu lalu.
Bukan sahaja mereka memakai pakaian yang mempunyai padanan rona warna yang sama iaitu kelabu, bahkan setiap kali nama Yuna diumumkan sebagai pemenang dan memerlukan dia berjalan ke atas pentas, Yuna tanpa segan meminta Qi memegang seketika tas tangannya.
Apabila diminta penjelasan mengenai status hubungannya dengan Qi, Yuna yang dihubungi Kosmo! semalam dalam tawa tidak menafikan Qi kini merupakan lelaki yang paling rapat dengan dirinya, namun, dia enggan menggunakan perkataan bercinta sebagai tafsiran hubungannya itu.
“Bercinta itu satu perkataan yang agak kuat sedangkan hubungan kami baru dalam peringkat awal untuk kenal antara satu sama lain.

Sunday, November 21, 2010

Artis Mana Suka Gesel Payudara?


SUDAH lama sebenarnya Diva dengar cerita kurang enak tentang penyanyi wanita muda yang bakatnya dicungkil menerusi sebuah program realiti popular beberapa tahun lalu.
Kalau sebelum ini ada teman wartawan menyampaikan khabar 'kenakalan' artis itu, kali ini ia dialami sendiri kawan baik Diva iaitu seorang jurugambar sambilan.
Dia mengaku diganggu oleh budak hingusan itu di sebuah hotel baru-baru ini.
Kawan Diva yang sudah punya kekasih hati itu boleh tahan kacaknya dan ditugaskan oleh si bos untuk mengambil gambar penyanyi berkenaan bersama artis lain.
Barangkali pantang naluri mudanya tengok jantan elok rupa paras, dia tanpa perasaan malu terus menghampiri jurugambar kacak itu.
"Va, aku tak sangka langsung artis ini berperangai macam itu sekali sedangkan ada salah seorang ahli keluarganya yang menemani.
"Masa aku ambil gambar dia, artis ini berulang kali nak tengok gambar yang baru dirakam di skrin kamera aku.
"Alasannya, dia mahu tengok sama ada okey atau tak wajahnya yang dimekap tebal tu.
"Apa yang buat aku tersentak, sambil tengok semula gambarnya dalam kamera, dia boleh mendekatkan badannya dengan aku sampai kami bersentuhan cukup rapat.
"Aku ingat dia tak sengaja. Tapi bila dia mula menggeselkan payu daranya pada badan aku dan buat suara manja, apa lagi, aku terus jadi tak selesa," luahnya kepada Diva.

Noh, Nina dah bertunang?



PASANGAN popular, Mizz Nina dan Noh dikhabarkan sudah melangsungkan pertunangan.


MENYIMPAN erat kisah cinta mereka, pasangan kekasih Noh, 26, dan Mizz Nina, 30, akhirnya mengambil kata putus untuk mengumumkan tarikh pertunangan mereka dalam satu sidang media yang bakal diadakan di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur 16 Disember ini.
Begitupun, pada waktu sama, Diva terdengar cerita kononnya kepala kumpulan Hujan itu sudah pun bergelar tunangan kepada Nina dalam satu majlis tertutup baru-baru ini.
Itu yang Diva dapat tahu daripada sumber terdekat mereka.
Justeru, majlis tanggal 16 November ini adalah untuk mengumumkan mereka sudah bertunang atau memberitahu tarikh pernikahan yang mungkin menyusul tidak lama lagi.
Khabarnya, mereka sengaja merahsiakan majlis pertunangan itu atas alasan tertentu. Alasan keselamatan agaknya.
Diva cukup senang hati tengok Noh dan Nina yang mahu bersatu jadi suami isteri.
Personaliti Noh yang gila-gila manakala Nina yang selalu merendah diri agaknya satu daya tarikan kepada mereka berdua untuk hidup sebagai suami isteri.
Diva sendiri tidak sabar untuk mendengar sendiri daripada mulut Noh dan Nina.
Cuma, kalau tidak betul gosip ini, Diva awal-awal lagi mohon maaf kepada kalian.
Diva: Tahniah diucapkan kepada pelakon muda, Raja Farah yang selamat bergelar isteri kepada Megat Bashirun Qhuyum Zakaria kelmarin.

Thursday, November 11, 2010

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

Ini bukan gosip, ini betul-betul... Al-Fatihah untuk arwah

PETALING JAYA: Penyanyi Shamrin (gambar) dari kumpulan Fotograf meninggal dunia petang tadi.
Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an dikatakan rebah ketika bermain bola sepak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Berita kematian itu disahkan oleh rakannya, Johan Aziz yang juga bekas pengurus Kumpulan Slam.
Jenazah dibawa ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru untuk bedah siasat.
Moga roh Allahyarham tenang di sisiNya. Al-Fatihah.

Bekas Vokalis Kumpulan Popular Sekali Lagi Ditahan

Kantoi lagi sekali!

Kali ni artis ni yang pernah dikenakan hukuman di Singapura atas kesalahan mencuri sekali lagi ditahan kerana memiliki barang curi iaitu sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 yang dilaporkan hilang pada 6 November lalu di Tampoi. Artis ini telah ditahan oleh pasukan polis Pejabat Polis Daerah Nusajaya pada Selasa (9 November) lepas.

Penyanyi yang popular semasa remaja terbabit juga dikatakan positif dengan dadah (meth) ketika ditahan. Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintenden Abdul Aziz Ahmad mengesahkan tangkapan itu.

Apa nak jadi la artis sekarang nih..macam macam hal derr...

Sumber

Saerah nikah senyap-senyap

KUALA LUMPUR - Siti Saerah yang merupakan adik kepada penyanyi wanita nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dipercayai telah bernikah pada 27 Oktober yang lalu.


SAERAH bersama suami yang kini tersebar dalam laman sosial Facebook.


Menurut Rozie Abd. Razak, Saerah, 27, yang pernah menyertai program realiti TV, One In A Million musim kedua pada tahun 2008 telah bernikah dengan lelaki yang dikenali sebagai Epul atau Saiful Anuar, 27. Pasangan suami isteri itu kini dipercayai sedang berbulan madu di salah sebuah pusat peranginan di Johor.
"Memang saya akui yang adik ipar saya itu telahpun bernikah kira-kira dua minggu yang lalu dan majlis hanya dibuat secara sederhana sahaja dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak di Kuala Lipis, Pahang.
"Bagi kami sekeluarga, apa yang lebih penting ialah Saerah sekarang sudah selamat bernikah dengan lelaki pilihannya dan menjadi seorang isteri sekarang," ujarnya.


Oleh RONI HIDAYAT RIDWANroni.ridwan@kosmo.com.my

Sunday, November 7, 2010

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 25

Berikut adalah senarai 30 lagu, artis, komposer dan penulis lirik yang berjaya ke peringkat separuh akhir:
Inilah Cinta – Akim / Akim / Akim
Sejujur Hatimu – Adibah Noor / Azlan Abu Hassan
Sofea Jane – Black / Shah Kamikaze & Iswandy / Farril
Kau Harus Ada- Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
Adrenalin – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
Tika Masanya – Mirwana & Hujan / Akmal Mirwana / Akmal Mirwana & Noh Hujan
Gerak Hati – Azlan & The Typwriter / Lake & Light / Lake & Light
Pelita – A.P.I / Loque / Loque
Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
Nadiku – Sabhi Saddi / Omar K / Zel Firdhaus
Tolong Ingatkan Aku – Ana Rafali / Ana Rafali / Ana Rafali
Kau Ada Kamu – Adira / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
Manifestasi Cinta – Fiq & Mirwana / Kunci Demak / Kunci Demak & Akmal Mirwana
Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
Jahat – Stacy / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
Cinta – Mohd / Isawandy / Iswandy
Kebahagian Dalam Perpisahan – Shahir / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
Hujan Bunga Di Kuala Lumpur - Ana Rafali / Ana Rafali / Ana Rafali
Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface/ Bunkface
Oh Juwita – Nubhan / 6ixth Sense/ 6ixth Sense
Menggegar Dunia – Adam & Stacy / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
Susun Silang Kata – Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas
Cinta Kosmik – The Fabulous Cat / Alibi Hustler / Alibi Hustler
Realiti Dewi – Alyah / Omar K/ Zel Firdhaus
Noktah Cinta – Hafiz / Ajai/ Shah Qalam
Berlari – Tomok / Audi Mok & Shahzee Ishak / Tomok
Bersamamu – Joe Flizzow / Jihan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed / Koko & Syaheed

Saturday, November 6, 2010

Tiada orang ketiga: Saida


Kakak Siti Nurhaliza nafi kemelut rumah tangga kesan populariti

KUALA LUMPUR: "Tidak ada kena mengena dengan kehadiran orang ketiga," kata penyanyi Siti Nursaida Tarudin atau Saida ketika ditanya mengenai kemelut yang melanda rumah tangga dengan suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri, 40.
Kakak kepada penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin ini juga menafikan krisis itu kesan populariti selepas dia bergelar artis.
“Adat berumah tangga pasti ada pasang surutnya, sedangkan lidah lagi tergigit. Saya tak mahu salahkan sesiapa dalam hal ini,” kata bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam ini ketika ditemui di pejabat Siti Nurhaliza Production (SNP) di sini, kelmarin.

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaru, kemelut rumah tangga pasangan itu menampakkan jalan positif apabila mereka bersedia untuk menamatkan krisis itu dengan cara tersendiri.

Biarpun mengakui sudah pun memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Mohd Ghazali di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 6 Oktober lalu, Saida, 34, bagaimanapun berkata, mereka akan menggunakan tempoh dua bulan yang diberikan mahkamah untuk memperbetulkan keadaan iaitu menerusi cara perbincangan bersama suami.

“Berilah kami ruang untuk menyelesaikan masalah ini dengan cara kami sendiri. Saya mohon supaya perkara ini tidak diperbesar-besarkan kerana banyak hati yang perlu saya jaga dan tidak mahu proses memulihkan hubungan ini terjejas disebabkan cerita yang tidak benar,” katanya.
Pada prosiding 26 Oktober lalu, peguam syarie, Noor Azlina Che Hasan yang mewakili Saida memohon agar mahkamah memberi tempoh dua bulan kerana kedua-dua pihak berhasrat berbincang semula sama ada mahu meneruskan permohonan itu atau sebaliknya.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan kes itu disebut semula pada 20 Disember depan.
Kata Saida lagi, faktor lain yang menyebabkan dia masih memberi ruang untuk krisis rumah tangga itu diselesaikan kerana masih sayangkan Mohd Ghazali.

“Selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga, mana mungkin perasaan sayang hilang begitu saja. Saya masih sayangkannya. Lagipun, hubungan kami masih berjalan seperti biasa, masih tinggal serumah dan komunikasi kami juga berjalan lancar. Cuma hati dan perasaan saya yang terganggu,” katanya.

Saida dan suami bernikah pada 14 Disember 1996 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, 13; Anas, 11; Khalid, 7; dan Siti Nurul Mashitah, 4.