Thursday, December 23, 2010

Mawi Nasihat Shahir Agar Tidak Lari Dari Masalah


Shahir Zawawi
KUALA LUMPUR: Juara Akademi Fantasia 3, Asmawi Ani atau Mawi berpendapat setiap artis perlu berhadapan dengan masalah yang mereka hadapi dan tidak perlu bersembunyi dari masalah tersebut.
Mawi yang diminta mengulas tentang masalah displin Juara Akademi Fantasia 8, Ahmad Shahir Zawawi, memberitahu tindakan tersebut hanya akan menyusahkan semua pihak.
“Saya hanya boleh beri nasihat agar dia tidak melakukannya lagi sebab perkara tersebut akan menyusahkan banyak pihak.
“Sebagai seorang artis kita perlu hadapi apa juga masalah yang datang dengan tabah dan bukan dengan cara bersembunyi atau melarikan diri dari masalah,” katanya ketika ditemui di selepas Majlis Perlancaran Album Mawi Idolaku, Selasa.
Mawi juga memberitahu sebagai bintang yang lahir dari realiti tv. Shahir seharusnya menghargai peminat-peminat yang telah mengundinya.

Wednesday, December 22, 2010

Maya Karin Bercinta Dengan Yusry KRU?

Maya terima Yusry



SEJAK kebelakangan ini nama Maya Karin dan Yusry Abd. Halim digosipkan sedang bercinta gara-gara mereka berdua dilihat secara terbuka menonton wayang di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya baru-baru ini.
Menguatkan lagi dakwaan itu, mereka berdua juga tanpa segan datang berdua ke majlis tayangan perdana filem Khurafat di GSC, Mid Valley pada malam Isnin lalu, meskipun sedar pada majlis tersebut ramai pihak media yang hadir.
Maya yang ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta terbaru produk minuman kesihatan InnerShine Prune Plus di Hotel Carcosa Seri Negara beberapa jam sebelum majlis tayangan perdana itu berlangsung mengakui yang dia pernah menonton wayang sebanyak dua kali bersama Yusry.
“Kalau tidak silap saya ada menonton wayang dengan Yusry dua bulan lepas dan terbaru dalam dua minggu lepas, kami menonton filem (terbaru) Narnia di Alamanda. Kami menonton di sana sebab dekat dengan pejabat Yusry, daripada dia datang ke Kuala Lumpur baik saya yang pergi sana, lagi pun saya senang masa itu,” ujar Maya tanpa berselindung.
Justeru, filem Khurafat menjadi filem ketiga Maya menonton bersama Yusry!

Wednesday, December 8, 2010

Sein Ruffedge Dan Nana Bercerai


Bekas penyanyi kumpulan Ruffedge, Syed Hussein Syed Mustafa (Sein) dengan anak bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhamad Taib, Noor Diyana (Nana) disahkan bercerai dengan talak 1 di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam di sini.

Pasangan yang pernah menjuarai pertandingan Sehati Berdansa itu yang mempunyai anak lelaki dan perempuan berusia tiga tahun dan setahun, memilih untuk bercerai secara baik selepas gagal menyelesaikan pemasalahan dalam rumahtangga mereka.