Tuesday, June 21, 2011

Chef Wan Bengang Dengan Jurugambar Perkahwinan Serina

Bengang betul Chef Wan dengan team jurugambar yang diupah beliau untuk perkahwinan Serina. Anak dah nak masuk 2 tapi video kahwin tak dapat-dapat lagi. Album gambar dah dapat tapi Chef Wan kata 'poorly done'. Macam-macam hal...











Monday, June 13, 2011

KL Gangster Kaut RM6.2 Juta dalam 4 Hari!

http://says.my/offer2u/milo-mini-vanwah...memang masyuk betul anak dato ni, dengarnya dari facebook beliau, sudah diumumkan bahawa filem terbarunya telah mengutip RM6.4 juta tak sampai seminggu tayangan pun lagi. Memang mantap la kutipan filem ni, tak sampai seminggu dah boleh pakai gelaran 'six million ringgit man' dah, tahniah bro, filem ni memang best pun.

Dah daftar Says.My ? Luahkan segalanya, klik sini untuk daftar.



Sinopsis Filem KL Gangster

Sinopsis KL Gangster,

Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Thursday, June 2, 2011

Salih Yaacob Belum Fikir Anak Dengan Isteri Keempat

Salih Yaacob
PETALING JAYA: Pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob, 50, memberitahu dia belum mempunyai perancangan untuk mendapatkan anak selepas menikahi isteri keempatnya, Samihah Sheikh Ali, 25, atau Emi, Isnin lalu.
Ujar Salih, memandangkan majlis pernikahannya belum pun sampai seminggu, justeru dia dan isteri barunya itu belum memikirkan sebarang perancangan buat masa ini.
"Semuanya (majlis) baru saja selesai. Saya belum tahu lagi sebab masih terlalu awal.
"Kalau ada rezeki dikurniakan anak, saya terima dengan penuh kesyukuran," katanya yang dihubungi mStar Online, Rabu.
Ditanya pula adakah dia dan Emi akan menangguhkan perancangan untuk mendapatkan anak memandangkan isterinya itu masih menuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA), Salih berkata, dia tidak terfikir tentang perkara tersebut.
"Saya tidak tahu lagi buat masa ini. Kalau ditakdirkan untuk dapat anak pada waktu ini, kami terima. Apa pun semuanya bergantung kepada rezeki Allah," jawabnya ringkas.

Gambit Perjelas Arah Klip Video Unsur Lucah

Gambit Saifullah
PETALING JAYA: Pengarah klip video Marilah, nyanyian Prema Yin iaitu Gambit Saifullah menganggap video klip tersebut tidak berunsur lucah dan keterlaluan seperti mana yang dipersoalkan oleh sesetengah pihak.
Malah menurutnya, klip video yang menggandingkan penyanyi itu dengan pelakon Shahz Jazle tidak seharusnya dijadikan kontroversi kerana hanya memaparkan adegan yang dianggap 'biasa'.
"Saya tidak rasa ia menjadi kontroversi kerana saya hanya menampilkan adegan pasangan suami isteri yang sudah kehilangan cinta dan mempunyai ego masing-masing.
"Saya rasa ia tidaklah terlalu teruk, mungkin ia menjadi kontroversi disebabkan saya dan Shahz Jaszle terlibat dalam klip video ini," ujarnya di sini, Selasa.
Shahz Jazle melakonkan watak dengan memeluk pasangannya seolah-olah mahu melakukan adegen seks dalam klip video 'Marilah'.
 

Fasha Sandha Marah Siapa?


FASHA SANDHA sememangnya terkenal sebagai pelakon yang cukup berdisiplin.


SELEPAS heboh dengan kisah peribadinya, bintang kontroversi, Fasha Sandha sekali lagi mencipta kontroversi, kali ini di laman sosial Twitter. Fasha telah melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap seorang aktor kacak yang merupakan pasangannya dalam drama Dewa Cintaku disebabkan dia terpaksa menunggu kehadiran pelakon itu selama empat jam baru-baru ini.
Menurut Fasha, masa yang ditetapkan produksi untuk sampai ke Port Dickson, Negeri Sembilan adalah pukul 8 pagi sedangkan pelakon lelaki tersebut (yang tidak disebutkan namanya) hanya muncul pada pukul 12.30 tengah hari.
Namun, apa yang dikesali Fasha adalah, pelakon lelaki itu dikatakan langsung tidak meminta maaf atas kelewatannya tiba di lokasi penggambaran drama tersebut di Port Dickson.
Disebabkan itu, Fasha melahirkan rasa amarahnya terhadap pelakon itu menerusi laman sosial Twitter.
Ramai yang membuat andaian pelakon lelaki yang dimaksudkan Fasha ialah Iqram Dinzly. Ini berikutan, mereka sememangnya digandingkan sebagai hero dan heroin bagi untuk drama rantaian Dewa Cintaku yang bakal disiarkan pada 20 Jun di TV3. Drama tersebut sehingga kini masih lagi menjalani penggambarannya di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Terdapat tujuh Tweet yang dihantar Fasha menerusi Twitter miliknya yang menjurus kepada perasaan marahnya terhadap Iqram.

Wednesday, June 1, 2011

Gambar Pernikahan Salleh Yaacob

khirnya selamat juga Salih Yaacob bernikah dengan isterinya yang ke-4, Emi baru-baru ini di dalam sebuah masjid. Melihat daripada pengantin, mereka berdua kelihatan secocok. Walaupun ramai yang sepertinya tidak menyukai cara Salih berbini, namun itu semua jodoh yang ditentukan Allah. Kita berdoa sahaja agar mereka berkekalan kelak. Apa-apa pun tahniah kepada Salih dan Emi. Selamat pengantin baru.

gambar pernikahan salih yaakob
gambar persandingan salih yaakob
gambar pernikahan salih yaakob
gambar pernikahan salih yaakob
gambar pernikahan salih yaakob
gambar pernikahan salih yaakob