Tuesday, July 26, 2011
Siti Saleha Meniti Populariti
KISAH percintaan Nora Elena dan Seth Tan menjadi idaman dan igauan setiap penonton yang mengikuti siri drama tersebut yang telah ditayangkan di slot Akasia TV3 beberapa bulan lalu. Di dalam drama yang diadaptasi dari sebuah novel yang berjudul Kasih Yang Suci ini, pendatang baharu Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd. Baharum telah diberi kepercayaan untuk memegang watak utama di samping pelakon kacak Aaron Aziz yang memegang watak Seth Tan.
Walaupun telah tiga tahun berada di dalam industri seni, nama Siti Saleha kurang dikenali ramai. Namun, bak kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Watak Nora Elena berjaya melonjak terus nama gadis berusia 21 tahun ini dalam bidang yang diminatinya sejak kecil itu. "Saya tidak sangka drama ini mendapat sambutan ramai. Namun, apa yang boleh dikatakan, saya seronok sepanjang terlibat dalam penggambaran Nora Elena. Saya juga suka kepada watak yang saya lakonkan sejurus selepas menerima tawaran tersebut.
"Ia merupakan pengalaman pertama saya berlakon dan memegang watak dari drama yang diadaptasikan dari sebuah novel," ujar Saleha yang manis berkebaya rekaan Salikin Sidek ketika ditemui dalam majlis The Blue Kebaya Showcase, The Weld, Kuala Lumpur baru-baru ini. Di sebalik kejayaan dan kepuasan berlakon yang dikecapinya, Saleha akui masih baru dengan publisiti yang diterima dirinya dan sedikit sebanyak membuatkan empunya diri takut dengan penerimaan masyarakat terhadapnya.
Wednesday, July 20, 2011
Yasmin Hani Berkahwin Hujung Tahun Ini
LENGKAP membadai industri seni dengan cara tersendiri, Yasmin Hani yang cukup sinonim dengan bidang pengacaraan selain lakonan ternyata tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan kontroversi dan gosip nakal mengenai dirinya.
Selepas hubungan cinta dirinya dengan pemuda bernama Don Nazar putus sekitar tahun 2009, Hani, 32, lantas ditohmah pula sebagai punca keruntuhan rumah tangga pelakon terkenal Ida Nerina dan bekas pemain drum kumpulan Blackrose, Shahrin atau nama sebenarnya Sha'arin Mohd. Razali.
Manakan tidak, pernah suatu ketika Hani didakwa berkahwin secara senyap-senyap dengan Shahrin setelah lelaki kacak itu sah bercerai talak satu dengan Ida pada penghujung tahun 2010.
Peluang keemasan bersua dengan jelitawan berbintang Gemini pemilik nama sebenar Yasmin Hani Ismail Richardson tidak dilepaskan daripada membicarakan soal hati dan perasaannya itu.
Semuanya terungkai apabila figura genit itu diusik dengan soalan bila agaknya dia bakal mendirikan mahligai abadi yang diimpikan setiap wanita dalam hidup.
Tanpa terduga dan cukup mengejutkan, pantas sahaja Hani menjawab: "Hujung tahun ini!"
Selepas hubungan cinta dirinya dengan pemuda bernama Don Nazar putus sekitar tahun 2009, Hani, 32, lantas ditohmah pula sebagai punca keruntuhan rumah tangga pelakon terkenal Ida Nerina dan bekas pemain drum kumpulan Blackrose, Shahrin atau nama sebenarnya Sha'arin Mohd. Razali.
Manakan tidak, pernah suatu ketika Hani didakwa berkahwin secara senyap-senyap dengan Shahrin setelah lelaki kacak itu sah bercerai talak satu dengan Ida pada penghujung tahun 2010.
Peluang keemasan bersua dengan jelitawan berbintang Gemini pemilik nama sebenar Yasmin Hani Ismail Richardson tidak dilepaskan daripada membicarakan soal hati dan perasaannya itu.
Semuanya terungkai apabila figura genit itu diusik dengan soalan bila agaknya dia bakal mendirikan mahligai abadi yang diimpikan setiap wanita dalam hidup.
Tanpa terduga dan cukup mengejutkan, pantas sahaja Hani menjawab: "Hujung tahun ini!"
Friday, July 15, 2011
Cikgu Shida Dalam Telemovie
Telemovie : www.cikgushida.com
Tayangan : Astro Prima, Hari Raya Pertama, malam (90 minit)
Pelakon : Azad Jazmin, Omar Abdullah, CikguShida, Delimawati dll
Arahan : Isqandar Jebat
Sinopsis: 2 wartawan mencari Cikgu Shida tapi Cikgu Shida tak ndok ditemuramoh, menyamor le jadi mcm2 dan mempermainkan 2 wartawan tu...
Watak Cik Shida dalam telemovie :-
1. MEKANIK ROCK
2. MAK CIK JUA KUI
3. KETUA KAMPUNG
4. BOMOH 2 ALAM
5. HANTU JOGET
6. APEK SAMSENG JUA AYAM
7. MAK CIK CLEANER
8. GADIS AYU
9. SITI NURHALIZA/WAHIDA
10. M. NASIR
11. Diri sendiri
Tuesday, July 5, 2011
Nadia Mustafar Bersih Nama Selepas Kes Saman Fitnah Lisdawati
Nadia tampil memberikan penjelasan untuk membersihkan namanya selepas sekian lama mendiamkan diri tentang kes saman fitnah oleh Lisdawati. - Foto LOW LAY PHON
KUALA LUMPUR: Sekian lama mendiamkan diri, pelakon Nadia Mustafar, 35, tampil memberikan penjelasan untuk membersihkan namanya atas segala tuduhan berhubung kes saman fitnah dengan pelakon Lisdawati sebelum ini.Dia akui lega apabila kes tersebut telah selesai pada 27 Jun lalu setelah Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Yong Zarida Sazali meminta Lisdawati menarik semula saman itu ekoran beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes itu.
"Sebelum ini saya rasa lebih baik berdiam diri tetapi setelah kes ini selesai, peguam Siti Noor Julaini Mohd Shahar nasihatkan saya untuk membersihkan nama jika saya rasa berada di pihak yang benar.
"Saya akui sebelum ini saya kurang ilmu undang-undang tetapi selepas melalui kes ini, banyak perkara yang saya pelajari dan lega kerana semuanya telah berakhir," katanya dalam satu sidang media di Redbox, Pavilion, di sini, Isnin.
Monday, July 4, 2011
Parti Kostum filem Tolong! Awek Aku Pontianak
Antara tetamu yang hadir ke majlis Parti Kostum filem Tolong! Awek Aku Pontianak. - Foto LOW BOON TAT
KUALA LUMPUR: Parti kostum hantu bersempena dengan kemunculan filem Tolong! Awek Aku Pontianak pada 7 Julai ini telah berlangsung sebagai simbolik kepada salah satu adegan dalam filem itu.Filem lakonan Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed, Nurul Wahab, Bell Ngasri dan Harun Salim Bachik itu akan menemui penonton di 51 buah pawagam seluruh Malaysia.
“Majlis ini diadakan sebagai simbolik kepada salah sebuah babak dalam filem Tolong! Awek Aku Pontianak dan selama dua minggu saya dan pihak Tayangan Unggul Sdn Bhd berbincang untuk menjayakan majlis ini.
Kamal Adli Turun Berat Badan Untuk Watak Baru
LUMRAH dunia! Yang kurus mahu berisi, yang sudah berisi mahu pula dikurangkan isinya. Namun, lain pula al-kisahnya bagi pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli, figura yang sudah berjaya mendirikan tapak utuh dalam dunia seni lakon.
Kamal, 25, kini dikatakan sedang dalam proses berpantang demi mendapatkan sosok tubuh idamannya seberat 75 kilogram.
Bukan kerana alasan klise perlu memiliki badan yang ideal untuk bergelar selebriti popular, sebaliknya Kamal yang berketinggian 180 sentimeter itu memaksa diri mengurangkan jisim badannya yang terkini seberat 80 kilogram demi menggalas watak utama dalam filem Gerimis Mengundang yang bakal memulakan sesi penggambarannya tidak lama lagi.
Ketika ditemui ketika sesi pelancaran filem Gerimis Mengundang di Hotel Legend, Kuala Lumpur baru-baru ini, dia berkata, usaha untuk menurunkan berat badannya bermula sejak dua bulan lalu.
“Saya tidak makan nasi selama lebih dua bulan untuk mendapatkan berat lama saya iaitu 75 kilogram.
“Alhamdulillah kini berat badan saya sudah turun sebanyak dua kilogram dan saya masih lagi berusaha untuk menurunkan sebanyak tiga kilogram lagi,” jelas anak kelahiran Pahang itu.
Tomok Kini Bergelar Suami
TOMOK dan Ayu dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama/Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam daerah Gombak, Abas Mohd. Saidon.
PERTEMUAN di sebuah kedai makan dan bertukar-tukar nombor telefon ketika menjalani penggambaran sebuah telefilem kira-kira lapan tahun lalu, akhirnya membawa penyanyi Shah Indrawan Ismail atau Tomok dengan wanita pilihan hatinya, Siti Rahayu Abas ke jenjang pelamin.
Penyanyi yang merupakan bekas juara rancangan realiti One In A Million (OIAM) itu meluahkan rasa syukurnya apabila impian untuk menikahi wanita yang sangat dicintainya itu terlaksana.
“Hubungan kami sebagai pasangan kekasih berlanjutan selama lapan tahun. Memang tidak dinafikan pelbagai halangan yang terpaksa ditempuhi sepanjang kami bersama.
“Namun, apa yang diimpikan selama ini iaitu untuk menjadikan Ayu sebagai isteri telah pun menjadi realiti dan tentunya saya sangat berharap agar ikatan ini akan kekal sampai bila-bila,” ujarnya selepas selesai upacara pernikahan.