Monday, August 22, 2011

Azwan Ali Buat Kontroversi lagi - Gelar Hos Artis sebagai Cimpanzi













Friday, August 5, 2011

'Usop Wilcha' Lepas Jawatan Pengurus Selepas Jadi Deejay



Shy8 bersama anak dan isterinya
KUALA LUMPUR: Penyampai baru Hot FM, Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 bakal melepaskan jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad dalam masa terdekat.
Jelas Shy8 yang dikenali dengan watak Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, dia sudah memikirkan semasaknya perkara itu dan mengambil keputusan memilih dunia hiburan sebagai kerjaya tetap.
"Mulanya memang saya yakin boleh membahagikan masa antara bidang seni dan bidang korporat tetapi sudah dua bulan berlalu saya rasakan hidup saya semakin tidak terurus.

Pihak Ketiga Bukan Punca Ally Iskandar Putus Tunang



Ally Iskandar
SHAH ALAM: Personaliti TV3, Ally Iskandar, 35 mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal, 25, telah putus pada 30 Julai lalu.
Tanpa berselindung Ally berkata, perpisahan itu berlaku disebabkan tiada keserasian di antara mereka walaupun hakikatnya mereka telah memutuskan untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan hujung tahun ini.
“Kami telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan,” katanya kepada pemberita pada rakamkan program Mentor Raya di sini, Khamis.
Ujar Ally, perpisahan itu tiada kaitan dengan pihak ketiga ataupun konflik besar membabitkan mereka sebaliknya beberapa masalah lain yang datang secara berperingkat sehingga gagal untuk diselesaikan.

Monday, August 1, 2011

Elfira Loy Bimbang Pelajaran Merosot Kerana Lakonan

Elfira Loy

KUALA LUMPUR: Pelakon remaja, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 17, (Elfira) yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada November depan berkata kesibukannya memenuhi pelbagai komitmen lakonan telah menjejaskan tumpuan dan prestasi akademiknya kebelakangan ini.
Elfira yang mengakui bimbang dengan keadaan itu bagaimanapun terpaksa berkorban dan membahagikan masanya dengan bijak bagi mengimbangi kekurangan tersebut.
"Saya akui tumpuan dan prestasi pelajaran di sekolah agak merosot kebelakangan ini kerana terlalu sibuk dengan komitmen lakonan saban hari.
"Kebiasaannya, setiap kali habis sesi persekolahan saya akan berkejar-kejar ke lokasi penggambaran dan menyebabkan saya menjadi penat untuk menelaah pelajaran," katanya.
Menyedari kepentingan akademik dan masa yang semakin suntuk menjelang peperiksaan penting itu, Elfira bagaimanapun segera menyusun strategi untuk memperbaiki keaadan.
Dia kini sedang giat menumpukan perhatian dengan menghadiri kelas tusyen sebelum terbang ke Itali selama dua minggu pada Ogos depan untuk penggambaran drama bersama Astro.
"Peperiksaan SPM hanya tinggal beberapa bulan saja lagi dan saya semakin risau sebenarnya.
"Insya-Allah selepas drama itu selesai, saya mahu duduk di rumah saja dan mengulangkaji pelajaran yang tertinggal,” kata penuntut tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsan Bandar Tun Hussein Onn 2 ini.

Neelofa Lupakan Hasrat Berehat, Terima Tawaran Mamat Khalid

Neelofa

PETALING JAYA: Pelakon kontroversi Noor Neelofa Mohd Noor, 22, ( Neelofa) memberitahu dia terpaksa melupakan hasrat untuk berehat daripada aktiviti seni sepanjang bulan Ramadan ini kerana bakal terlibat dengan penggambaran filem terbaru pengarah Mamat Khalid, Rentaz.
Kata gadis yang mesra disapa Lofa ini, walaupun pada awalnya agak keberatan untuk menerima tawaran sebagai heroin filem seram komedi itu, dia akhirnya bersetuju untuk menerima peluang tersebut selepas mendapatkan pandangan rakan-rakan dalam industri hiburan.
"Memang dari awal lagi ketika ditawarkan watak dalam filem ini saya agak keberatan untuk menerimanya. Bukan apa, seperti yang saya maklumkan dulu bahawa saya seorang yang penakut.
"Apatah lagi, saya sudah berniat untuk berehat sepanjang bulan puasa ini untuk menumpukan perhatian pada keluarga dan ibadat. Namun, selepas mengambil kira pendapat teman-teman industri, saya memutuskan untuk mengambil peluang keemasan ini.
"Tawaran ini adalah satu penghargaan yang besar ertinya bagi orang baru seperti saya," katanya pada Ahad.
Kongsinya lagi, selepas mengesahkan pembabitannya dengan produksi filem berkenaan, dia mengakui semakin berdebar-debar dan takut untuk melaksanakan tanggungjawab itu.

Penyanyi Veteran Hasnah Haron Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Penyanyi veteran, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia akibat penyakit kanser pangkal rahim pada pukul 8 pagi Isnin di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
Jenazah akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah selepas solat Asar nanti.