Monday, October 31, 2011

Alyah selamat dibedah


ALYAH muntah-muntah sebelum dikejarkanke hospital.


BERMULA dengan muntah-muntah dan tubuhnya dirasakan tidak selesa, Alyah akhirnya mendapat tahu dia sebenarnya mempunyai masalah kesihatan di tahap serius sehingga memerlukan dirinya dibedah! Kata Alyah, pembedahan segera terpaksa dilakukan setelah dia mengalami sakit perut luar biasa dan badannya sangat lemah.
“Selepas mengalami muntah-muntah, badan rasa sangat tidak selesa, saya dihantar ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Ketika itu Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya, hidung dan mulut saya keluar air tanpa henti, bila doktor tekan bahagian perut, sakit yang teramat!” katanya ketika ditemui semasa sesi penggambaran klip video lagu Boomerang bersama kumpulan Chocolate di Roller Sports World, Sungai Wang Plaza, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hasan yang dikejarkan ke sebuah hospital pakar di Damansara menambah, selepas diperiksa oleh doktor yang merawatnya, dia terpaksa dibedah dengan segera ekoran apendiks di dalam perutnya sudah pecah.
Dalam pada itu katanya, kesan daripada umbai pada usus sebelah kanan itu telah pecah, ia juga telah merebak dan menyebabkan beberapa telur ovarinya menerima jangkitan.
“Oleh sebab itu, saya terpaksa menjalani dua kali pembedahan, pertama sekali pembedahan apendiks dan yang kedua pembedahan membersihkan jangkitan pada bahagian ovari,” ujar bintang kelahiran rancangan Hiburan Minggu Ini tahun 2000 itu lagi.

Thursday, October 27, 2011

Gambar Farina AF8 Kantoi Bercinta 4 Lelaki Serentak Read more: Gambar Farina AF8 Kantoi Bercinta 4 Lelaki Serentak


Farina AF8 kantoi bercinta 4 lelaki serentak. Bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke 8, Farina, yang digossipkan sedang bercinta dengan empat orang lelaki serentak pada masa yang sama. Farina juga dikatakan menjalin hubungan dengan seorang pemain bola sepak yang bermain untuk Kelab Bola Sepak Sime Darby (SDFC).

Bagaimanapun, Farina turut dikatakan menjalinkan hubungan dengan beberapa orang ahli perniagaan di atas sebab kewangan dan tajaan untuk artis yang kini berstatus ibu tunggal tersebut. Dalam masa yang sama, Farina AF8 ini di’katakan mempunyai hubungan teman tetapi mesra lain macam dengan beberapa orang ahli perniagaan atas sebab wang  tajaan.

Tuesday, October 11, 2011

Dato’ Ahmad Jais Meninggal Dunia. Al-Fatihah

Ini merupakan berita terkini yang kami baca melalui mereka yang berada di Twitter.

Dato’ Ahmad Jais Meninggal Dunia.

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim melalui Twitter beliau mengucapkan takziah ke’atas pemergian lagenda nyanyian Malaysia ini sebentar tadi. Sekitar hujung September yang lalu, Dato’ Ahmad Jais ada di’laporkan masuk ke Unit Rawatan Separa Rapi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) akibat mengalami sesak nafas. Menurut ahli keluarga,

Dato’ Ahmad Jais pernah mengadu penat selepas pulang dari membuat persembahan di Batu Pahat pada 8 September yang lalu. Kami belum mendapat maklumat rasmi tentang punca sebenar pemergian Dato’ Ahmad Jais dan kami akan bawakan kepada anda jika kami terima apa-apa yang berkaitan. Sementara itu, marilah kita sama sama sedekahkan al-Fatihah buat insan seni yang sudah banyak menghiburkan hati rakyat Malaysia ini sejak sekian lama. Al-fatihah.