Sunday, August 23, 2015

Fezrul Khan Cerai Talak Satu Selepas Tiga Tahun Kahwin

 

PETALING JAYA: Pelakon Fezrul Khan mengesahkan jodohnya dengan isteri Noorhafizah Zulkafli, 31, tidak panjang selepas kedua-dua mereka bercerai dengan talak satu.

Lafaz cerai dilakukan Fezrul di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dekat sini pada Rabu.

Fezrul atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidi, 35, bagaimanapun enggan menjelaskan berhubung punca perceraian itu.

Saturday, August 22, 2015

Finas Tegur Que Haidar



PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menegur pelakon Que Haidar yang menyamakan Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM 27) seperti anugerah kanak-kanak iaitu Kids Choice Awards di Amerika Syarikat gara-gara tidak puas hati filem lakonannya Ophilia tidak dicalonkan.

Nora Danish Jawab Isu Gambar Berbikini

 
PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish pada Rabu tampil membuat penjelasan menerusi Instagram selepas dituduh berbikini ketika bercuti di sebuah pulau baru-baru ini.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 33, berkata, wanita dalam foto berkenaan bukan dirinya tetapi adalah individu yang mempunyai wajah seiras dengannya.

Hamil Anak Kedua Halang Faezah Elai Berlakon

PETALING JAYA: Pelakon Faezah Elai memberitahu keadaan kesihatan tidak mengizinkan dia untuk terlibat dalam sebarang aktiviti seni setelah disahkan hamil anak kedua sejak Mac lalu.

Faezah, 33, berkata, pangalaman mengandung cahaya mata kedua ini lebih sukar apabila dia mengalami alahan yang teruk sepanjang usia kandungannya yang kini memasuki bulan keenam.

Rykarl Iskandar Berhenti Sekolah Tak Tahan Diejek

PETALING JAYA: Pelakon kanak-kanak iaitu Rykarl Iskandar memberitahu dia sudah berhenti belajar di sekolah sejak awal tahun ini dan beralih kepada pembelajaran dari rumah atau home schooling.
Rykarl, 10, berkata, dia mengambil keputusan itu selepas tidak tahan diejek oleh rakan-rakan sekolahnya sehingga menggangu konsentrasi pembelajaran hanya kerana dia seorang pelakon.