Thursday, January 11, 2018

Dato Seri Siti Nurhaliza bakal timang cahaya mata perempuan



PETALING JAYA: Teka-teki jantina bayi sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya terjawab apabila penyanyi tersohor itu mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan.
Siti dan suami Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa membuat pengumuman tersebut menerusi rakaman video di laman Instagramnya pada pagi Khamis bersempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-39.
"Nak kongsikan dengan semua sempena birthday Siti, Insya-Allah apa yang kami nanti-nantikan, doktor sahkan anak kami adalah 'puteri'.
"Doakan zuriat kami sihat dan menjadi anak solehah. Alhamdullillah, terima kasih atas doa semua dan semoga semuanya selamat." katanya.

Aiman Tino masuk Buku Rekod Malaysia


PENYANYI Aiman Tino meluahkan rasa terharu apabila lagu nyanyiannya berjudul Ku Rela Dibenci mencipta sejarah apabila ia tersenarai dalam Malaysia Book Of Record.
Menurut Aiman, dia tidak menyangka lagu sulungnya itu mendapat jumlah tontonan tertinggi di laman Youtube sehingga layak menerima penghargaan tersebut.
"Tak sangka dan terkejut apabila dimaklumkan lagu tersebut tersenarai sebagai lagu paling banyak tontonan.

Sunday, January 7, 2018

Siapa Cium Pipi Shiha Zikir?




PETALING JAYA: Penyanyi Shiha Zikir mendedahkan dia pernah melalui fasa tidak diberi perhatian oleh segelintir pihak pada awal kemunculannya.
Namun, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 29, berkata, persepsi itu berubah apabila dia baharu sahaja bertemu dengan individu yang sama baru-baru ini.
"Saya tidak faham ada segelintir pihak yang sebelah mata pun tidak mahu pandang saya.
"Tapi baru-baru ini jumpa bukan setakat pandang dua belah mata, tapi siap cium dua belah pipi lagi," ujarnya menerusi Instastory pada Sabtu.

Remy Ishak Rasa Lucu


KUALA LUMPUR: Pelakon Remy Ishak terkejut apabila desas-desus terbaharu mendakwa dirinya sudah bernikah dengan Ezza Yusof secara rahsia baru-baru ini.
Menjawab pertanyaan itu, Remy sekadar membalas dengan ketawa dan menyifatkan ia sebagai perkara yang melucukan.
"Astaghfirullahalazim. Belum lagilah. Mana ada. Belum sampai jodoh lagilah," katanya.
Penyebaran beberapa gambar Remy atau Mohamad Zalimie Ishak, 35, berpakaian pengantin dipercayai pada sebuah majlis pernikahan menimbulkan pertanyaan dan cakap-cakap dalam kalangan penggiat industri, minggu ini.

Thursday, January 4, 2018

Lirik 'seksi ku tayang lurah' ditukar


PETALING JAYA: Penyanyi Zizi Kirana memberitahu dia terpaksa menukar beberapa lirik dalam lagu baharunya berjudul Boleh Jalan untuk siaran radio.
Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizi Mohd Tahil, 32, berkata, perkara tersebut berikutan terdapat lirik yang dianggap kasar dan sensitif yang boleh menyinggung perasaan pihak lain.
"Beberapa lirik terpaksa ditukar untuk siaran radio antaranya Dato Gatal kena tukar kepada Uncle Nakal. Selain itu perkataan menopaus dan ayat 'seksi ku tayang lurah' juga ditukar.
"Saya okey sahaja, yang penting lagu tersebut boleh dimainkan di radio," ujarnya

Monday, January 1, 2018

Jiwa Kosong Zul Ariffin


“JIWA saya kosong selepas kematian ibu. Selama ini, arwah adalah sumber kekuatan terhadap perjuangan seni saya, tetapi hari ini, segala-galanya sudah melayang.”
Demikian luahan pelakon, Zul Ariffin selepas kehilangan ibu tercinta, Robiah Nasir, 66, akibat serangan jantung pada 5 Disember lalu.
Zul berkata, sehingga hari ini dia masih terbayangkan wajah ibunya yang selama ini menjadi penguat semangat untuk terus berjuang dalam industri seni.
“Sejak arwah tiada, saya langsung tidak boleh lelapkan mata. Pejam saja mata, pasti terbayang wajahnya.
“Di hadapan orang, saya mungkin masih boleh tersenyum dan tenang, sebaliknya jauh di sudut hati, hanya Tuhan saja yang tahu. Jiwa saya memang tidak tentu arah ketika ini,” katanya.

Anak Nabila Huda Balas Dendam


ANAK perempuan kepada pelakon Nabila Huda iaitu Keisha Laila berjaya melepaskan semua dendam 2017 terhadap ibunya ketika menyambut tahun baru pada malam, Ahad.
Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil, 33, berkata, Keisha, 7, dengan sengaja menyembur buih sabun ke mukanya sehingga ia memasuki mulut dan menyebabkan dia mengalami pedih mata.
Bagaimanapun, Nabila berkata, dia seronok menikmati malam menyambut tahun 2018 bersama anaknya biarpun hanya dapat melihat bunga api dengan menggunakan sebelah mata sahaja.
"Terima kasih Kash! Awak telah berjaya melepaskan semua dendam 2017 dengan slumber awak spray kat muka mummy eh!
"What a lovely 2018! Memang seronok gila dapat rasa sabun masuk mulut, mata pedih! Ala ok je tengok bunga api guna sebelah mata, cermin mata tu pun macam dah berkabus.
"Tak apa lah. Nampak tak muka puas dia tu? Memang tak kelakarlah kena prank dengan anak sendiri. Terima kasih," kata Nabila.

Fizo kaku - Darah Terpercik



EMPAT tahun menanti kehadiran zuriat pertama, pelakon dan usahawan Fizo Omar mengakui ia pengalaman luar biasa dapat melihat sendiri kelahiran bayi sulungnya pada Jumaat lalu.
Fizo, 32, menerusi Instagramnya memberitahu perasaannya bercampur baur apabila diberi peluang melihat sendiri proses kelahiran selepas mengharungi pelbagai cabaran sebelum isterinya, Mawar Abdul Karim disahkan hamil.
"Syukur Alhamdulillah aku diizinkan oleh-Nya untuk merasai nikmat mempunyai zuriat walaupun mengharungi satu tempoh yang agak lama serta pelbagai cabaran untuk Mawar nak hamil dulu.
"Aku juga diberi peluang untuk masuk ke dalam bilik pembedahan mengharungi setiap saat, getir Mawar bertarung nyawa untuk melahirkan baby pertama kami.

Saya suka orang gelar 'Mat Poyo' - Mas Khan


PELAKON Mas Khan tidak hirau dengan tanggapan orang ramai terhadap dirinya selepas mereka menonton filem terbaharu lakonannya iaitu Busker yang bakal ditayangkan pada 11 Januari depan.
Kata pemilik nama sebenar Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah, 23, ini, wataknya sebagai Daniel yang bersikap 'poyo' atau menjengkelkan mempunyai persamaan dengan dirinya yang sebenar.
"Sejujurnya watak Daniel itu ada sedikit persamaan dengan diri saya. Memang saya akui dalam dunia sebenar saya seorang yang ada sifat 'poyo' seperti itu.