Friday, February 23, 2018

Tajul Kasi Hangat Haters


SERING kali menerima kecaman daripada netizen, penyanyi Tajul menggunakan peluang membalas komen negatif yang ditinggalkan di laman sosial.
Menurut Tajul, 20, dia sudah lama tidak melayan 'haters' di Instagram dan berasakan perlu sesekali membalas komen mereka dengan tujuan memberi pengajaran.
"Rasa macam lama sangat tak layan haters ni, sekali sekala bagi dia orang hadam pula. Bukan selalu!.
"Dia bagi kita panas, aku bagi dia terbakar membuak-buak. Nak lawan pedas? Mari...," tulisnya.

Min Yasmin Popular Di Filipina


PENYANYI Min Yasmin semenangnya kurang dikenali di negara sendiri tetapi lihatlah sambutan terhadapnya ketika melancarkan album terbaru di Manila, Filipina apabila dia dikerumuni hampir 50 wartawan negara itu.
Dalam sidang media yang diadakan di Manila Polo Club itu, wartawan media negara berkenaan dilihat kagum dengan kehebatan Min Yasmin yang mampu melebarkan sayapnya ke negara mereka termasuklah menghasilkan lagu dalam bahasa Tagalog.
Malah wartawan negara berkenaan juga tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar dengannya selain mendapatkan tanda tangan menerusi album yang diedarkan pada sidang media berkenaan.
Ia satu penghargaan luar biasa diberikan kepada penyanyi ini yang seolah-oleh dipinggirkan di negara sendiri.

Wednesday, February 21, 2018

Janna Nick Cemas Ketika Gempa Bumi


Pelakon dan pengacara Janna Nick mengakui terkejut dan cemas ketika merasai gegaran susulan gempa bumi yang melanda Taiwan pada malam Selasa ketika berada di negara itu.
Janna, 23, berkata, gegaran berukuran 5.3 magnitud pada kira-kira pukul 10.47 malam itu berlaku ketika dia sedang mandi.
"Saya okey, cuma masih terkejut dan takut ketika mengetahui gagaran yang berlaku adalah gempa bumi.
"Saya tidak sempat buat apa-apa ketika itu kerana sedang mandi dan keadaan bergegar dalam beberapa saat. Saya ada satu malam lagi di sini doakan saya selamat," ujarnya.

Cristina Suzanne Kini Berniaga



RAMAI yang tertanya-tanya kemanakah hilangnya Cristina Suzanne dalam radar dunia hiburan? Pelakon ini memberitahu kehilangannya bukan bermakna dia sudah tiada tawaran berlakon sebaliknya membantu keluarga mengusahakan katering di Kuantan, Pahang.

Kata pemilik nama sebenar Cristina Suzanne Stockstill, 33, ini, dia bersama keluarganya memulakan perniagaan itu sejak setahun lalu dan dia kini semakin selesa dengan cabang baharu yang diceburinya itu.

I never regret knowing you, love - Sufian Suhaimi


Penyanyi Sufian Suhaimi yang kembali berstatus solo selepas musnahnya pertunangan dia dengan Elfira Loy tidak pernah kesal mengenali wanita berkenaan yang dipanggilnya sayang.
Sufian, 25, dalam satu kapsyen yang ditulis semula pada gambar bertarikh 7 Oktober 2017 menceritakan bahawa detik pertunangan bersama Elfira adalah hari terbaik dalam hidupnya.
"Definitely one of the best day in my life. I never regret knowing you, love. (Sudah pasti, satu daripada hari terbaik salam hidup saya. Saya tidak pernah menyesal mengenalimu, sayang (6 Oct 2017)", tulisnya.

Thursday, February 8, 2018

Afdlin Nasihat Jangan Mencuri


PELAKON dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki menggesa pelawak tempatan agar tidak mencuri bahan pelawak lain dalam setiap persembahan komedi mereka.
Afdlin, 47, berkata, perbuatan memplagiat bahan pelawak lain untuk menjana pendapatan adalah sesuatu yang tidak berintegriti dan perbuatan yang salah.
"Ini merupakan salah satu isu integriti yang wujud dalam indsutri seni tanah air. Kalau ambil bahan orang lain, balik melawak kat rumah sahaja tak apa.
"Tapi bila ambil bahan lawak pelawak lain dan guna untuk persembahan pentas, itu bermaksud dia menjana pendapatan atas hasil plagiarism," katanya .
Dia ditemui sewaktu program Integrity Art Night - Komedi Berdiri Integriti yang diadakan di Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Siapa Alvin Chong di Hati Emma Maembong?


SEMPENA ulang tahun kelahiran pelakon Alvin Chong pada 23 Januari lalu, pelakon Emma Maembong memberi ucapan istimewa menerusi laman Instagramnya.
Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 26, berkata biarpun masing-masing sibuk dengan kerja dan tidak dapat berhubung namun apabila bertemu mereka gunakan waktu itu dengan baik.
"Anda tahu seseorang yang istimewa kepada anda apabila anda tidak bercakap sejenak kerana keadaan menjadi sibuk tetapi apabila anda berdua akhirnya melakukannya seperti anda tidak mahu lepaskan.

Taj Innuendo Diminta Serah Diri

Innuendo - Taj hujung kanan.

SHAH ALAM: Teka-teki siapakah dua lagi individu yang didakwa memasukkan dadah dalam minuman Datuk Farid Kamil terjawab apabila pihak polis meminta dua artis tersebut untuk menyerah diri.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihak polis memberi tempoh sehingga Jumaat buat Ahmad Tajuddin atau Taj dan Firdaus untuk tampil bagi membantu siasatan.
Taj ialah anggota kumpulan Innuendo yang popular pada tahun 1990-an dan pupular dengan lagu Belaian Jiwa.