NAMPAK luarannya dia ni macam perempuan normal, minat kat lelaki atau sang pria. Tetapi rupa-rupanya si gadis jelita yang ku sangka seorang wanita sejati lebih meminati kaum sejenisnya. Nampaknya ada lagi kisah penyampai radio, tapi kali ini modus operandinya berbeza.
Zubir benar-benar tak faham, penyampai radio remaja ni, setahu Zubir ada teman lelaki dan sudah dua, tiga kali bertukar pasangan teman lelakinya sejak dia menyertai stesen radio berkenaan, beberapa tahun lalu. Pastinya orang ingat penyampai radio ini, gadis normal, tapi jangan disangka air yang tenang tak ada buaya!
Ketika Zubir sedang menjamu selera di sebuah medan selera popular di sekitar Ampang, nama penyampai radio ini tiba-tiba terpacul daripada mulut salah seorang kenalan Zubir.
“Abang Zubir jangan tak tahu, si X (penyampai radio) tu dual band, lelaki pun dia minat, perempuan pun dia tak tolak. Mula-mula saya sendiri susah nak percaya sebab si X ni pernah mengadu, cintanya terhadap sang lelaki, beberapa kali didustai.
“Nak dijadikan cerita bang, kawan perempuan saya ni memang minat gila pada X. Biasalah bang, kawan saya ni cun sikit, muka ala-ala amoi Cina. Suatu hari tu, kawan saya ni terserempak dengan X kat satu tempat makan, kat Ampang jugalah. Apabila dah nampak X pun berada di situ bersama beberapa teman wanitanya, dia pun sapalah.
“Happynya kawan saya tu bang, Tuhan saja yang tahu kerana senyuman dan tegurannya terhadap X mendapat balasan. Dah tengok macam tu, X menerima kehadirannya, kawan saya pun duduklah di sebelah X selepas mendapat pelawaannya.
“Mula-mula tu sembang elok saja, tapi lama kelamaan, kawan saya ni terasa pahanya diraba, makin lama makin ke bawah. Apa lagi, kawan saya ni terus angkat kakilah, blah!” cerita seorang sumber kepada Zubir.
Kesimpulannya, jangan mudah terpedaya dengan luarannya yang cantik, tapi isi kat dalam, mangkor macam durian!
sumber: Bintang Popular
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment