LEBIH kurang 24 jam selepas berita suaminya di dakwa
atas kesalahan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan
luka dan lebam ke atas anaknya, penyanyi terkenal, Ziana Zain, memuat
naik sekeping gambar yang menggambarkan isi hatinya kini.
Dengan tulisan ringkas, 'Don't judge my path if you haven't walked my journey' (Jangan
menilai jalan saya jika anda tidak berada dalam perjalanan itu),
dipercayai ditujukan buat sesetengah pengikut media sosial yang
mempertikaikan tindakannya membuat laporan polis terhadap suaminya.
Bagaimanapun tinjauan di posting terbarunya itu mendapati
rata rata pengikut dan pengikut penyanyi yang terkenal dengan lagu
Anggapanmu ini memberi sokongan moral buat Ziana.
Bahkan kebanyakannya percaya, Ziana bertindak atas dasar rasional dan
terkejut memandangkan ini kisah pertama rumah tangganya hinggap di dada
media.
Semalam, suami Ziana, Armin Zaharin, dihadapkan ke Mahkamah Majistret
Shah Alam atas tuduhan mendera anaknya di sebuah rumah di Denai Alam,
dekat sini, jam 4 pagi pada 25 Februari lalu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, bekas Pramugara Kanan Malaysia Airlines itu
berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau
sebatan.
Mahkamah menetapkan 4 April untuk sebutan semula.
Armin,53, ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana Zain membuat laporan polis pada 27 Februari lalu.
Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana yang popular dengan lagu
Madah Berhelah dan Putus Terpaksa itu bernikah dengan Armin pada 9 Mei
1998.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata,
Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar,
Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.
No comments:
Post a Comment