“JIWA saya kosong selepas kematian ibu. Selama ini, arwah adalah
sumber kekuatan terhadap perjuangan seni saya, tetapi hari ini,
segala-galanya sudah melayang.”
Demikian luahan pelakon, Zul
Ariffin selepas kehilangan ibu tercinta, Robiah Nasir, 66, akibat
serangan jantung pada 5 Disember lalu.
Zul
berkata, sehingga hari ini dia masih terbayangkan wajah ibunya yang
selama ini menjadi penguat semangat untuk terus berjuang dalam industri
seni.
“Sejak arwah tiada, saya langsung tidak boleh lelapkan mata. Pejam saja mata, pasti terbayang wajahnya.
“Di
hadapan orang, saya mungkin masih boleh tersenyum dan tenang,
sebaliknya jauh di sudut hati, hanya Tuhan saja yang tahu. Jiwa saya
memang tidak tentu arah ketika ini,” katanya.
Menurutnya, dia juga meluahkan rasa terkilan apabila tidak sempat
berada di sisi arwah ibunya dan menunaikan hajat untuk menunaikan ibadah
umrah.
“Barangkali saya sukar tidur lena kerana menyimpan rasa
terkilan apabila tidak sempat bersama arwah pada saat dia menghembuskan
nafas terakhir. Ketika saya tiba, arwah sudah ‘tutup mata’. Ia sangat
memberi kesan pada jiwa saya,” katanya.
Dia berkata, mujur sempat berbual panjang dan keluar bersama arwah beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Entah
mengapa saya tergerak hati untuk memohon maaf dan memberitahu
perancangan mengajaknya bercuti ke Dubai, seterusnya menunaikan umrah di
Makkah, bulan depan.
“Saya lihat arwah gembira namun tak sangka,
itu pertemuan terakhir kami. Hasrat saya mahu membawa ibu ke Dubai dan
menunaikan umrah tidak kesampaian.
"Pun begitu, saya terbang juga
ke Dubai untuk membawa hati dengan ditemani abang angkat dan
keluarganya. Insya-Allah, bulan depan saya menunaikan umrah,” katanya.
Pada
5 Disember lalu, peminat dikejutkan dengan berita pemergian ibu Zul
melalui status dimuat naik kelab peminat aktor itu, Zul Ariffin FC di
laman Instagram.
No comments:
Post a Comment