RAMAI yang tertanya-tanya
kemanakah hilangnya Cristina Suzanne dalam radar dunia hiburan? Pelakon
ini memberitahu kehilangannya bukan bermakna dia sudah tiada tawaran
berlakon sebaliknya membantu keluarga mengusahakan katering di Kuantan,
Pahang.
Kata pemilik nama sebenar Cristina Suzanne Stockstill, 33, ini, dia
bersama keluarganya memulakan perniagaan itu sejak setahun lalu dan dia
kini semakin selesa dengan cabang baharu yang diceburinya itu.
ads
ads
"Saya tak hilang pun... ada je dekat Kuantan. Tolong mak buat katering dekat kampung sejak setahun yang lalu.
"Ia menyeronokkan kerana selain dapat dekat dengan keluarga, dapat juga saya belajar bidang perniagaan dan bantu apa yang patut.
"Tetapi katering yang kami usahakan bukanlah secara besar-besaran
tetapi lebih kepada majlis-majlis kecil seperti hari jadi, kenduri doa
selamat, masuk rumah baru dan sebagainya," ujar Cristina.
Cristina ditemui pada majlis tayangan perdana filem Surf The Love yang diadakan pada malam Isnin lalu.
Diarahkan oleh Wan Mohd Hafiz Wan Hussain, selain Cristina, filem
yang mengangkat kisah mengenai kehidupan peluncur air itu turut
membariskan pelakon seperti Shukri Yahaya, Pekin Ibrahim, Josiah Hogan
dan Ardell Aryana.
Ia bakal menemui penonton di pawagam bermula 22 Februari ini.
Dalam pada itu, Cristina berkata, walaupun dia dilihat menyepi namun
dia masih aktif berlakon cuma jarang menonjolkan diri seperti menghadiri
acara hiburan.
No comments:
Post a Comment