PENYANYI Min Yasmin
semenangnya kurang dikenali di negara sendiri tetapi lihatlah sambutan
terhadapnya ketika melancarkan album terbaru di Manila, Filipina apabila
dia dikerumuni hampir 50 wartawan negara itu.
Dalam sidang media yang diadakan di Manila Polo Club itu, wartawan
media negara berkenaan dilihat kagum dengan kehebatan Min Yasmin yang
mampu melebarkan sayapnya ke negara mereka termasuklah menghasilkan lagu
dalam bahasa Tagalog.
Malah wartawan negara berkenaan juga tidak melepaskan peluang untuk
merakamkan gambar dengannya selain mendapatkan tanda tangan menerusi
album yang diedarkan pada sidang media berkenaan.
Ia satu penghargaan luar biasa diberikan kepada penyanyi ini yang seolah-oleh dipinggirkan di negara sendiri.
Min atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz, 29, berkata album pertama yang dilancarkan itu berjudul Pangarap merangkumi lima bahasa.
Dia hanya ingin memberi fokus mempromosikan album tersebut daripada
memikirkan untuk bertanding dalam negara mahupun peringkat antarabangsa.
“Apabila dah ada album ini lebih baik saya fokus saja kepada promosi
di Manila memandangkan karier saya lebih berkembang di sini.
“Saya rasa tak perlu untuk bertanding dalam mana-mana pentas anugerah atau pertandingan di Malaysia atau antarabangsa.
“Sebab saya dah ada album dan perlu beri tumpuan pada karier nyanyian di Manila,” kata Min Yasmin.
Min ditemui ketika majlis pelancaran album pertamanya berjudul Min
Yasmin Pangarap yang mengandungi 14 buah lagu di Manila Polo Club,
Filipina pada Khamis.
Album yang melibatkan lima bahasa iaitu Tagalog, Tausug, Sama,
Inggeris dan Melayu itu mendapat sentuhan komposer terkenal, Julfekar
serta tiga orang komposer Filipina iaitu Raz Tawasil Itum (Tagalog),
Nelson Dino (Tausug) dan Andhee Basion (Sama).
Wartawan Malaysia turut dibawa bagi memeriahkan majlis pelancaran tersebut.
No comments:
Post a Comment