Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Labels: , ,

Fantasi seks penyampai radio, peminat

KALAU diri dah popular, peminat pun jadi sasau dan sanggup melakukan apa saja demi artis atau personaliti pujaan hati mereka itu.

Terbaru, yang singgah ke pendengaran Zubir, seorang penyampai radio terkenal, menjadi pujaan peminat wanitanya sehingga mereka sanggup berfantasi seks menerusi SMS (Khidmat Pesanan Ringkas), hampir setiap hari!

Zubir dengar cerita, peminat berkenaan bukannya masih bujang, tapi dah kahwin dan mempunyai anak. Begitu juga dengan si penyampai radio itu, dah ada keluarga! Ringkasnya, masing-masing tidak setia dengan suami dan isteri masing-masing apabila menjebakkan diri dalam kancah fantasi seks yang keterlaluan.

Zubir katakan keterlaluan kerana rakan sekerja yang membaca SMS mereka sampai geleng kepala dan mengucap panjang.

“Zubir, aku tak fahamlah dengan Minah (peminat) ni. Dia bangga apabila si penyampai radio tu sudi berfantasi seks dengannya, walaupun hanya SMS. Setiap kali mereka berbalas-balas SMS, Minah tu akan menunjukkan SMS berkenaan kepada rakan sekerjanya.

“Kami yang membacanya, peeeh, pening kepala tu. Fantasi seks tahap maksimum beb! Sebenarnya aku kasihan dengan Minah ni, begitu juga dengan penyampai radio berkenaan. Maklum sajalah kedua-duanya dah berkeluarga. Bayangkan kalau rahsia mereka pecah, tak huru hara rumah tangga dibuatnya nanti.

“Aku pernah tanya kat Minah ni, pernah ke bersua muka dengan penyampai radio tu, sekali gus melakukan perkara yang terlarang, dia hanya senyum saja. Aku pun tak pasti, sama ada mereka dah terlanjur jauh atau sekadar berfantasi saja,

“Walau apapun alasan yang diberikan, perbuatan mereka tu tidak elok dan kalau boleh kembalilah ke pangkal jalan secepat mungkin,” kata sumber yang bertugas satu pejabat dengan peminat berkenaan.

Seandainya cerita ini satu kisah benar, Zubir sendiri tak sangka, penyampai radio yang nampak begitu baik ketika di konti mahupun kehidupan peribadinya, rupa-rupa sanggup main cinta dengan peminat sendiri. Kalau setakat menjaga hati peminat tidak mengapa, tapi kalau sampai dah terlanjur, apa cerita beb?

Sumber: Bintang Popular

No comments:

Post a Comment

 
Gosip Artis Malaysia © 2012 | Designed by Canvas Art, in collaboration with Business Listings , Radio stations and Corporate Office Headquarters