Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Labels: , ,

Soalnya siapa?

RASANYA ramai tahu kisah aktres dan penyanyi jelita janda yang sedang hangat bercinta dengan bos besar sebuah radio stesen. Kisah aktres yang juga pernah menjalin hubungan dengan beberapa aktor sebelum ini menjadi tambah menarik minggu lepas apabila kekasihnya,
seorang pelakon kacak, enter frame di apartment mewah mereka. Kakak Tua diberitahu bahawa tujuan aktor itu datang ke apartment yang mereka kongsi bersama untuk mendapatkan kepastian sejauh mana hubungan kekasihnya dengan bos stesen itu. Kebetulan mereka berdua baru sahaja pergi holiday ke sebuah pulau. Pada masa yang sama, aktres tersebut menjalin hubungan dengan kekasih baru selama hampir 5 bulan.

Aktres yang pijak semut tak mati itu kononnya terpaksa improvise script on the spot untuk menjaga hati kedua-dua kekasih kerana tembelang sudah pecah. Namun lakonan hebat aktres itu tidak menjadi kali ini kerana aktor tersebut sempat memberi sebiji penumbuk ke muka pesaingnya yang ketika itu keluar dari bilik dengan boxer shortnya. Kalau sebelum ini aktres ini cukup bijak menangkis setiap soalan peribadi termasuk pemberian jam dari kekasihnya. Namun setelah peristiwa ini, Kakak Tua teringin juga nak tahu apa lagi sandiwara yang akan dilakukannya apabila berhadapan dengan wartawan. Kalau tidak silap Kakak Tua ada simpan diari bila dan di mana aktor dan aktres tersebut menjalin hubungan. Sehinggakan bila ke tanah sucipun, aktres tersebut saling berhubungan tapi pandai menyorok dari pihak media.
Bila pekung dah terbuka, agaknya apa tindakan mereka bertiga yang berada dalam dilema yang dicipta sendiri itu.

Mungkin kes ini tidak sama dengan kes seorang pelakon kacak lain yang ditangkap khalwat minggu lepas namun moral of the story tetap sama. Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru. Yang hairannya, hampir semua artis kita yang silap laku tidak pernah mengambil iktibar dari apa yang terjadi dengan rakan-rakan artis lain. Nak kata degil, ini dah tahap lebih dari degil. Sudah sampai peringkat mencabar Tuhan yang satu. Masakan kita boleh terlepas seandainya kita membuat sesuatu yang buruk dan berdosa. Dan bila jiwa dah ternoda dengan dosa, di mana letaknya maruah diri kita sebagai manusia dan ketenangan sebuah hati? Kakak Tua tidak mahu bersubahat di dalam hal yang akan mengheret ke jalan yang sesat. Yang termampu dilakukan hanya meninggalkan pesanan di dalam kolum yang tidak seberapa ini dengan harapan kesemua yang terlibat itu akan kembali ke pangkal jalan. Jangan diburukkan lagi imej artis yang sudah lama tercalar dan robek dengan bermacam-macam skandal seks. Apabila kita cuba melawan kuasa yang satu, inilah yang akan berlaku. Kehebatan kita sebagai insan kerdil tidak ke mana apabila kita menjalani kehidupan yang penuh kepura-puraan. Selalunya kisah disebalik tabir artis ini akan dihidu oleh media terlebih dahulu sebelum didedahkan. Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang, kalau tak ada bangkai masakan lalat datang. Artis kahwin artis yang menghadapi krisis rumahtangga seperti Sharifah Shahirah-Jatt, Erra-Yusry, Noraniza -Fareez dan Ajai-Nurul lebih mudah dikesan kerana kedua-duanya mempunyai kaitan dengan industri hiburan. Tambah buruk jika orang ketiga adalah di kalangan spesis mereka seperti yang terjadi kepada Ako-Jue-Jehan.

No comments:

Post a Comment

 
Gosip Artis Malaysia © 2012 | Designed by Canvas Art, in collaboration with Business Listings , Radio stations and Corporate Office Headquarters