Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Labels: ,

Johan bakal bertunang?


SELAIN khabar angin dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta, pelakon Johan As’ari juga dikatakan bakal mengikat tali pertunangan bersama gadis pilihannya.

Ditanya mengenai perkara itu pada empunya badan, bintang Karlos ini menjelaskan bahawa dia kini masih dalam proses mengenali hati budi seseorang.

Menurut Johan, jika jodohnya sudah tertulis bersama gadis itu, dia mahu segera mengikat tali pertunangan terlebih dahulu sebelum ke alam perkahwinan.

“Sebenarnya saya masih lagi ‘single’ dan pada masa yang sama saya sedang mengenali hati budi seseorang. Bagi saya jodoh itu rahsia tuhan dan saya hanya berserah.

“Kalau dia pilihan yang tepat, saya akan buktikan perasaan cinta itu melalui ikatan pertunangan sebelum mendirikan rumah tangga. Itu adalah sasaran saya,” jelasnya.

Tambah Johan lagi, jika semuanya berjalan dengan lancar mungkin dia akan mengikat tali pertunangan bersama gadis pilihannya itu pada hujung tahun ini sebelum berangkat ke Dubai untuk penggambaran drama saluran RTM Disember ini.

“Cerita pasal tunang itu adalah sasaran. Lagi pun usia saya sudah meningkat 26 tahun. Seandainya ada jodoh mungkin saya akan bertunang hujung tahun ini.

“Saya rancang untuk bertunang selama enam bulan sebelum bernikah. Mungkin dalam masa itu kami boleh berkenalan dengan keluarga masing masing,” katanya.

Belajar dari pengalaman

Lebih berhati-hati bicara soal cinta, Johan akui pengalaman lalu banyak mematangkan dirinya kini.

Menurutnya, tanpa pengalaman tidak akan berjaya jadi seorang manusia yang lebih memahami tentang soal perhubungan.

“Bagi saya perkara ini tidak boleh dibuat main-main. Ikatan percintaan ini boleh  diibaratkan  seperti dua hati menjadi satu.

“Bila sudah sampai ke tahap seperti  itu, kita perlu lebih berhati-hati dan bertenang supaya semuanya dalam keadaan yang baik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Johan kini sedang sibuk menjalani penggambaran telemovie ‘Karlos Raya’ yang bakal bersiaran pada sambutan Aidilfitri ini.- ---

0 Gossippers
Labels:

Saya bukan ibu tunggal


BAGI sesetengah wanita, status ibu tunggal bukanlah satu status yang mudah dipikul. Apatah lagi apabila terpaksa membesarkan anak-anak yang masih kecil sendirian.

Namun bagi pelakon dan penyampai radio terkenal, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al Yahya atau Leya, sejak bercerai dengan Muhammad Ashraf Aasimudin tahun lalu, dia tidak merasakan dirinya adalah ibu tunggal.

“Saya masih ada ibu dan ayah, serta adik-beradik dan kawan-kawan yang sentiasa bersama-sama saya membesarkan anak saya dan saya tidak rasa kesusahannya.

“Harus akui, saya antara wanita yang bertuah berbanding kebanyakan ibu tunggal lain kerana masih mempunyai hubungan yang baik dengan bekas suami. Anak-anak juga tidak pernah kekurangan kasih sayang kerana bapa mereka sentiasa di samping bahkan disayangi setiap orang di sekeliling kami,” ujar Aleya ketika ditemui dalam majlis berbuka puasa anjuran TV9 baru-baru ini.

Anak-anak bukan bebanan

Berbicara mengenai anak kembarnya itu, Aza Ameena dan Asha Ameena, 4 tahun, dia tidak pernah merasakan membesarkan anaknya itu sebagai satu bebanan.

“Anak-anak adalah sebahagian daripada diri saya dan menjadi rutin saya untuk menjaga mereka.

“Lagipun, saya perlu ingat ada orang yang lebih susah dan besar cabarannya dalam membesarkan anak-anak,” katanya.

Berkongsi pengalaman membesarkan anak kembar, Leya berkata, dia seboleh-bolehnya tidak mahu membezakan anak-anaknya termasuklah dari segi pemakaian.

“Kalau berbeza pun cuma corak saja kerana saya tidak mahu dipersoalkan bila mereka besar nanti.

“Contohnya jika mereka lihat gambar masa kecil, salah seorang pasti akan terasa hati jika salah seorang daripada mereka bajunya lebih glamor berlabuci dan seorang lagi tidak. Jadi, saya pastikan layanan untuk anak sama rata, tiada lebih dan tiada kurang,” katanya.

Ingin berkahwin lagi

Terlanjur berbicara tentang kehidupan peribadi, Leya tidak terlepas daripada ditanya mengenai teman pengganti untuk menjadi ayah kepada anak-anaknya.

“Anak-anak saya tetap mendapat kasih-sayang seorang ayah, walaupun kami telah berpisah. Ashraf sering datang melawat dan menghabiskan masa dengan anak-anak.

“Buat masa ini saya tidak dapat berkongsi cerita tentang jejaka yang berada di dalam hati ini. Cukuplah saya katakan, keluarga dan kawan-kawan sudah maklum tentang kami. Sebagai seorang wanita, tidak mungkin saya tidak ingin berkahwin dan dapatkan anak lagi,” jelasnya.

Sempena Aidilfitri nanti, wajah Leya juga boleh disaksikan menerusi program Akustika Raya Datuk Siti Nurhaliza siaran Hot TV.

“Setiap kali dapat menemu bual Datuk Siti, ia satu pengalaman yang menyeronokkan. Saya selalu buat cerita sedih tidak pernah dapat menemu bualnya walaupun sebenarnya sudah selalu juga,” katanya yang mengajukan soalan mengenai ponteng puasa kepada Siti.- ---

0 Gossippers
Labels:

Raja Azmi Disamun

Raja Azmi
KUALA LUMPUR: Pengarah dan penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman disamun oleh dua lelaki yang menunggang motosikal berhampiran Hotel Istana di Jalan Nagasari di sini pada Selasa lalu.
Menurut laporan Kosmo!, kejadian pada pukul 12.30 tengah malam itu berlaku ketika Raja Azmi, 54, sedang berjalan seorang diri menuju ke arah keretanya yang diletakkan di luar bangunan hotel berkenaan.
"Pada jarak 20 meter dari kereta tiba-tiba muncul sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki menghampiri saya.
"Salah seorang suspek kemudian menolak saya menyebabkan saya terjatuh ke dinding di kaki lima hotel dengan beg tangan di bahu kiri manakala tangan kanan memegang telefon pintar Samsung Galaxy II," katanya.
Tambah Raja Azmi yang turut ditampar sebelum disamun itu, sebelum kejadian, dia baru pulang daripada menghadiri satu majlis kahwin yang diadakan di hotel tersebut.
Kemudian, suspek yang memakai topi keledar kemudian cuba menarik beg tangannya namun dia meronta-ronta sambil menjerit meminta tolong bagi menarik perhatian orang ramai yang berada di kawasan berhampiran.
- ---

1 Gossippers
Labels:

Trailer dan Sinopsis Filem KIL



Akil (KIL) adalah seorang lelaki muda tertekan muda yang mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Tetapi, dia tidak pernah boleh membawa dirinya untuk membunuh diri. Cubaannya untuk membunuh diri sentiasa gagal sehingga dia menemui penyelesaian yang sempurna: agensi pembunuhan aneh yang membantu membunuh orang membunuh diri. KIL bersetuju dengan syarat-syarat syarikat itu. Pembunuhan akan dipelihara sebagai sulit. Dia tidak akan tahu maklumat tentang siapa pembunuh atau bila dia akan mati. Ini adalah ideal untuk KIL, sehingga dia jatuh cinta dengan seorang gadis yang dia temui, Zara. Selepas itu, dia mula mempunyai fikiran yang was-was untuk mati.

Pengarah
Nik Amir Mustapha

Senarai Pelakon
Redza Minhat, Cristina Suzanne Stockstill, Harun Salim Bachik
- ---

1 Gossippers
Labels:

Cristina Suzanne mula 'demand'?


NAMANYA barangkali masih terlalu asing di kalangan peminat industri hiburan tanah air.

Biarpun pernah mendapat perhatian menerusi lakonannya sebagai Zahlia dalam drama Bicara Hati, namun nama Christina Suzanne Stockstill atau mesra di sapa Kris bagai tenggelam dengan nama-nama baru.

Mengakui tidak terlalu gusar dengan keadaan itu, Kris berkata, dia lebih rela dikenali kerana hasil kerja lakonannya bukannya dikenali kerana kontroversi yang memalukan.

"Saya tidak mahu bila anak cucu saya melihat sejarah pembabitan saya dalam bidang seni suatu hari nanti, mereka akan baca mengenai kontroversi mengenai diri saya. Ia amat memalukan. "Jadi biarlah orang mengenali saya kerana lakonan dan populariti itu bukanlah sesuatu yang penting sebenarnya," ujarnya yang ditemui pada majlis tayangan filem Kil, baru-baru ini.

Menjelaskan punca dia jarang dilihat di kaca TV ataupun di layar perak, Kris berkata, dia sebenarnya terlalu memilih, sebelum bersetuju mengikat kontrak dengan mana-mana produksi.

Bagaimanapun, ujar Kris, dia bukan memilih dari segi watak yang diberikan, sebaliknya hanya mengutamakan produksi yang sememang mahukannya dari awal.

"Saya lebih suka dengan produksi yang menghubungi saya lebih awal, berbanding dengan produksi yang menghubungi saya pada saat akhir, atau kata lainnya menjadi pilihan kedua kerana pilihan pertama tidak dapat memberikan komitmen," jelasnya.

Menyentuh mengenai wataknya sebagai Zara dalam filem Kil terbitan Grand Brilliance, Kris berkata dia bersedia menerima sebarang kritikan jika ada penonton berpendapat lakonannya dalam filem itu agak kaku.

"Ia adalah filem pertama saya. Ketika itu saya baru sahaja dua bulan keluar dari program Pilih Kasih. Saya akui ada melakukan kesilapan dan saya bersedia menerima kritikan untuk memperbaiki lakonan saya selepas ini," katanya.

Filem yang menggandingkan Kris dengan pelakon Redza Minhat itu akan berada di pawagam mulai 30 Mei ini.- ---

0 Gossippers
Labels:

Cristina Suzanne Enggan Kongsi Hal Peribadi

Cristina Suzanne. Foto FAIHAN GHANI
PETALING JAYA: Pelakon Cristina Suzanne Stockstill menganggap populariti seseorang artis tidak semestinya dengan berkongsi segala hal peribadi kepada umum.
Cris, 28, mengakui lebih selesa menceritakan kerjaya lakonannya berbanding hal peribadi kepada peminat, malah dia tidak mempunyai laman sosial seperti instagram dan keek untuk tatapan umum.
"Saya tidak mahu cerita pasal hal-hal peribadi yang tiada kena mengena dengan kerjaya, saya tidak selesa sebab bagi saya tiada siapa yang ingin tahu pun.
"Saya tidak ada laman sosial seperti keek dan instagram, kalau ada pun Facebook dan Twitter yang jarang sekali update dan hanya menulis tentang perkembangan kerjaya dan promosi sahaja," katanya ketika ditemui.
Cris berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hubungannya dengan pelakon Bront Palare yang dikatakan semakin intim.
Bagaimanapun, juara program Pilih Kasih ini menganggap dia mampu berjaya tanpa bantuan media sosial, hal peribadi dan kontroversi terhadap dirinya.
"Saya ada cara lain untuk berada dalam industri ini, bagi saya lebih baik peminat tengok kita hanya di kaca televisyen atau di pawagam dan bukan secara percuma sahaja," katanya.
Jelasnya, dengan cara tersebut peminat atau masyarakat luar lebih menghormati kerjaya dan peribadi seorang selebriti.
Sementara itu, bercerita tentang filem KIL terbitan Grand Brilliance, Cris yang memeggang watak sebagai Zara berkata adegan dalam lif merupakan paling sukar untuk dilakonkannya.
"Babak dalam lif paling susah kerana kita perlu melakonkan dengan cepat kerana hanya satu sahaja lif di rumah pangsa itu,
"Itu pun dalam beberapa jam juga terpaksa menghentikan lif, kesian dengan penduduk di situ yang terpaksa menunggu," katanya.
Cris turut berpuas hati dengan filem pertama lakonannya dan berharap ia dapat menghiburkan penonton dan peminat filem tempatan.
Filem KIL mengisahkan tentang Akil (KIL) seorang pemuda yang tertekan dan cenderung untuk membunuh diri namun sering gagal sehingga bertemu seorang wanita bernama Zara.
- ---

0 Gossippers
Labels:

Pelakon Lelaki Terkenal Ditangkap Khalwat

SHAH ALAM: Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini awal Khamis.

Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa
pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.

"Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya.

Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja - ---

0 Gossippers
Labels:

Eina Azman Minta Ibu Afiq Muiz Mohon Maaf

Eina kesal namanya dikaitkan dalam konflik keluarga pelakon Afiq Muzi sehingga menjejaskan nama dan reputasinya sebagai seorang artis.
SUBANG JAYA: Pelakon baru Eina Azman memberi tempoh seminggu kepada ibu kandung pelakon Afiq Muiz, Hasliza Mohd untuk memohon maaf secara terbuka melalui media berikutan menuduhnya mengambil kesempatan terhadap pelakon tersebut.
Pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman, 18, kesal namanya dikaitkan dalam konflik keluarga pelakon tersebut sehingga menjejaskan nama dan reputasi sebagai seorang artis.
"Saya sangat marah dan apabila ibu Afiq tuduh saya kikis duit dia, sekali pun saya tidak pernah ambil duit dia sebab saya ada duit sendiri.
"Saya harap dia tampil buat kenyataan bersihkan nama saya dan jika tidak saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap ibu dan adik-adiknya yang turut memburukkan saya di twitter setiap hari," ujarnya ketika ditemui di sidang media, di sini, Selasa.
Eina berkata demikian ketika mengulas pendedahan eksklusif ibu Afiq Muiz di mStar Online pada Selasa yang mendakwa pelakon wanita itu sebagai punca kepada perubahan sikap Afiq.
Jelas Eina, dia sebaliknya sering menasihatkan Afiq agar sentiasa mendahulukan keluarga dan berbincang masalah dalaman keluarga mereka secara baik.
"Emak dia pernah telefon saya dan marah-marah tuduh saya macam-macam disebabkan itu saya mesej mak dia, namun menggunakan bahasa baik dan bukan ugutan.
"Tujuan saya ingin menjernihkan keadaan dan supaya dia tidak berperasangkan buruk terhadap saya, itu pun sekali sahaja," katanya.
Sementara itu, ibu kepada Eina, Amy Roshaida Abdul Rafel, 46, berharap ibu pelakon lelaki tersebut menerima kembali anaknya dan tidak memanjangkan hal itu.
"Sebagai seorang ibu, saya memahami situasi dan perasaan dia tapi pada saya, dia perlu berbincang sebelum mendoakan keburukkan anaknya kerana baik dan buruk doa seorang ibu akan dimakbulkan Allah.
"Saya berharap dia terima kembali anaknya dan memaafkan segalanya," katanya.
Dia turut kesal kerana perkara tersebut turut melibatkan Eina dan secara tidak langsung memburukkan nama keluarga mereka.
"Sebagai ibu saya turut terasa jika mereka tuduh anak saya kikis dan kurang ajar dan Eina baru bertapak dalam industri tetapi macam-macam pula kontroversi yang kena pada dia," katanya.
Mengulas tentang hubungan pasangan pelakon yang dikatakan sedang hangat bercinta, katanya, pasangan itu hanya sebagai kawan rapat dan tidak lebih daripada itu.
"Selama ini saya diam orang bercakap mereka bercinta, tapi sebenarnya mereka kawan rapat dan saya tahu Afiq banyak kongsi masalah dengan Eina dan saya sendiri.
"Dia minta pendapat saya sebagai orang tua bagaimana untuk selesaikan masalah keluarganya dan saya nasihatkan dia agar balik kepada keluarga kerana buruk baik seorang ibu, syurga itu tetap dibawah tapak kakinya," ujarnya.
Tambahnya, Eina masih muda dan belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan baru mula membina kerjayanya.
- ---

0 Gossippers
Labels:

Afiq Muiz - Saya Dihalau Ibu

Afiq Muiz - Foto UTUSAN
SUBANG JAYA: Pelakon Afiq Muiz menyangkal dakwaan ibu kandungnya Hasliza Mohd, 48, bahawa dirinya mula berubah sikap dan lupa diri selepas bergelar pelakon.
Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 21, turut menafikan keluar dari rumah dan membuang keluarga serta adik beradiknya, sebaliknya mendakwa dia dihalau oleh ibunya sejak awal tahun lalu.
"Saya tidak keluar rumah dan tidak pernah buang keluarga tetapi Umi yang halau saya keluar dari rumah itu.
"Saya juga tidak tahu apa motif Umi cakap saya anak derhaka, apa salah saya?, Umi sudah tidak sayangkan saya lagi," katanya sambil menitiskan air mata ketika sidang media, di sini, pada Selasa.
Pelakon drama Mimpi Cinderella itu menjelaskan sebelum ini terdapat salah faham dan masalah dalaman keluarga antara dia dan ibunya sehingga berlaku perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati antara mereka.
"Saya sayang ibu dan adik-adik saya, selama ini saya bekerja memang untuk menanggung keluarga tapi mereka tidak faham keadaan saya.
"Setiap hari kalau saya balik rumah, dia sentiasa marah-marah saya dan kata macam-macam tapi saya tetap balik rumah hingga dia betul-betul halau dan saya nekad untuk keluar rumah," katanya.
Afiq kecewa dipanggil anak derhaka - foto Utusan
Beliau menyatakan rasa kecewa apabila segala pengorbanannya seperti tidak dihargai keluarga, malah ahli keluarganya tidak pernah bertanya tentang keadaan kesihatannya.
"Saya keluar rumah kerana mahu buktikan pada Umi bahawa saya boleh berjaya, tapi dia pula menganggap saya anak derhaka dan mendoakan keburukkan kepada saya," ujarnya yang mengakui keadaan kesihatan yang semakin terjejas serta mengalami muntah berdarah baru-baru ini.
Sementara itu, Afiq turut menafikan teman rapatnya, pelakon Eina Azman menjadi punca hubungan kekeluargaan antara dia dan keluarganya semakin bertambah buruk.
"Saya marah ibu dan adik-adik saya kerana menuduh Eina berkawan dengan saya sebab mahu kikis duit saya, padahal secara jujurnya tiada apa pun yang saya ada.
"Saya tiada duit atau harta yang nak diberikan kepada dia, dia sendiri mampu kerana dari keluarga yang berada. Saya minta adik-adik saya berhenti dari mengutuk Eina di laman sosial kerana akan menjejaskan nama baik dia.
"Tapi emak dan adik-adik tidak faham dan tetap mengutuk Eina, saya sendiri malu dengan keluarga dia," katanya yang mengakui agak rapat dengan keluarga wanita itu.
Ditanya tentang duit bernilai RM30,000, Afiq berkata ia adalah duit kontrak daripada sebuah syarikat penerbitan dan telah dibelanjakan untuk urusan penyewaan rumah barunya.
"Saya guna duit itu untuk urusan rumah baru dan barang-barang kelengkapan rumah saya serta diri sendiri dan ada selebihnya untuk simpanan.
"Saya tidak beri duit itu pada Eina seperti mana Umi dan adik-adik saya sangkakan," katanya.
Tambah Afiq, dia meminta agar ibunya berhenti memburukkan namanya dan menyelesaikan perkara tersebut dengan cara baik.
"Saya seboleh-bolehnya memang tidak mahu orang luar tahu perkara ini kerana ia memalukan keluarga sendiri. Saya mahu ia diselesaikan cara baik dan berharap agar ibu berhenti berperasangka buruk terhadap dirinya dan keluarga Eina," katanya.
Terdahulu,  pada Selasa membuat pendedahan eksklusif ibu kandung Afiq Muiz meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap perubahan pelakon itu.
Afiq juga didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon baru Eina Azman.
- ---

0 Gossippers
Labels:

Syarifah Sakinah Ada Penyakit?


Seminggu dua ni kecoh juga mengenai rakaman video yang dilakukan oleh pelakon kita ni, Syarifah Sakinah.
Entah apa tujuan dia ni buat rakaman video bagitahu tentang warna bra, warna seluar dalam, kemudian pula mengaku pondan dan tunjuk mainan burung yang diletak di bahagian alat sulit.

Ada something wrong dengan Syarifah Sakinah ni ke? ada tertinggal ubat kat mana-mana ke?
GAM tak nak letakkan video tu di sini, pandai-pandai la cari kat youtube, bersepah orang copy paste dah.

GAM: gila meroyan ke hape?
- ---

0 Gossippers
 
Gosip Artis Malaysia © 2012 | Designed by Canvas Art, in collaboration with Business Listings , Radio stations and Corporate Office Headquarters