'Jangan pertikai DNA anak saya' - Abam Bocey


PELAWAK popular dan juga ahli kumpulan Bocey, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam ingin bertemu dengan salah seorang pengikutnya di laman sosial Facebook yang memuat naik komen menjijikkan.

Komen diberikan lelaki yang menggunakan pengenalan diri Lau Kok Chan dengan status ‘sayangi Allah dan Rasul’ itu menyatakan pemeriksaan DNA harus dilakukan terhadap anak sulung Abam sebaik pelawak itu berkongsi berita gembira yang isterinya selamat melahirkan ‘putera’ sulung mereka semalam.
Selain itu, ada beberapa lagi pengikut Abam di facebook turut memberikan komen tidak sepatutnya dan berbaur lucah.
Membalas kembali komen diberikan Lau Kok Chan yang dianggap Abam satu penghinaan yang sangat dahsyat, dia mahu bertemu dengan lelaki terbabit.
“Kalau Bukan DNA saya, habis anak siapa. Maaf saya amat tersinggung dengan komen begini. Nak cakap ‘benda’ itu kecil atau kura-kura ke saya tidak kisah sangat, tetapi mempertikaikan status anak ia satu penghinaan. Saya mahu bertemu dengan pak cik ini. Mahu bertemu sangat-sangat,” katanya.
Ditanya adakah Abam akan mengambil tindakkan undang-undang terhadap lelaki terbabit, katanya sewaktu dihubungi di sini, hari ini, dia hanya mahu berjumpa.
“Insha-Allah saya mahu berjumpa sahaja. Saya bukan nak buat apa-apa pun, saja hanya mahu ‘cium’ pipi dia, supaya tidak bersikap tidak siuman,” ujarnya ringkas.
Menerusi laman sosial Instagram Abam berkongsi berita gembira bersama peminatnya dan memanjatkan rasa syukur apabila isterinya Siti Norhidayah selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Selayang, di sini, semalam.
Abam dan isteri, Siti Norhidayah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

ads
ads

No comments:

Post a Comment

Labels

Adbox

@templatesyard