Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Labels: ,

Nora menanti kelahiran putera


NORA Danish tidak sabar bergelar ibu kepada seorang putera yang bakal lahir tidak lama lagi.

SETIAP wanita inginkan pengakhiran yang menggembirakan dalam hidup mereka. Disayangi dan dicintai oleh lelaki yang bergelar suami antara impian dan doa yang pastinya diingini oleh setiap wanita.

Namun bagi aktres comel, Nora Danish, ketentuan hidup yang dialaminya kini adalah suratan takdir Yang Maha Esa.

Tidak menyalahkan takdir serta tidak juga mahu menagih simpati atas apa yang telah terjadi, kini Nora sedang mengumpul kekuatan untuk melalui kehidupan yang mendatang.

Masakan tidak, jika wanita lain yang sedang hamil ditemani lelaki yang bergelar suami namun aktres berusia 26 tahun ini pula bersendirian.

Mungkin jika hati tidak cekal pastinya dia akan menangis kerana menghadapi saat-saat sukar tersebut tetapi Nora bersyukur meskipun tanpa suami di sisi, dia masih mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa menemani dirinya sehingga kini.

Mengambil keputusan untuk merehatkan diri daripada sebarang publisiti, pelakon popular siri Puteri ini lebih senang dan tenang dengan keadaan sedemikian.

Akui Nora, bukanlah niatnya untuk melarikan diri daripada pihak media mahupun peminat yang sentiasa mendambakan cerita terbaru mengenai diri dan kandungannya tetapi ada beberapa sebab dia memilih jalan sebegitu.

“Saya tak lari daripada sesiapa, tapi saya perlu banyak berehat. Kandungan saya pun semakin membesar jadi tak akan saya nak aktif macam selalu. Biarlah saya lebih banyak memberi tumpuan pada kandungan ini,” katanya menjelaskan situasinya ketika ditemui pada majlis Anugerah Skrin 2008 baru-baru ini.

Menyambung perbualan terang aktres berusia 26 tahun ini, jika ada yang risau mengenai kehidupannya, baik lupakan sahaja.

Kata Nora, dia kini sedang berbahagia dengan kehidupannya. Malah dia amat bersyukur kerana Tuhan memudahkan perjalanan hidupnya khususnya selepas perkahwinan bersama Rizal Ashram Ramli berakhir.

“Saya sangat gembira. Jangan risau tentang saya. Walaupun saya sendiri tapi saya masih ada keluarga dan rakan-rakan di sekeliling saya yang menguatkan diri saya,” ujar Nora lagi.

Bercerita lanjut mengenai kandungannya nyata wajah ceria seorang ibu jelas terpancar kata Nora: “Kandungan saya sudah berusia tujuh bulan dan dijangka akan bersalin pada bulan Januari tahun depan. Bayi dalam kandungan ini lelaki.”

Dalam nada perlahan pemilik nama sebenar Nora Mohd. Danish Hanif ini berkata, sememangnya dia tidak menyangka perkahwinannya dengan lelaki yang dicintainya berakhir sedemikian rupa.

Namun sebagai umat Islam, Nora tidak akan sama sekali mempertikaikan suratan Ilahi.

Menyedari setiap yang berlaku pasti ada rahmat di sebaliknya Nora optimis untuk terus bangkit dan melupakan segala yang berlaku.

“Tak akan kita nak bersedih sahaja setiap hari. Saya masih boleh berfikir dengan baik untuk kebaikan diri dan anak saya,” jelasnya yang kelihatan semakin comel meskipun berbadan dua.

Mengutip pengalaman ibunya juga seorang ibu tunggal, Nora yakin dapat membesarkan anak sulungnya itu dengan baik.

"Saya okey, ibu saya pun ibu tunggal. Wanita sekarang kena kuat tak akan nak lemah sahaja. Girl power!” katanya bersahaja.


No comments:

Post a Comment

 
Gosip Artis Malaysia © 2012 | Designed by Canvas Art, in collaboration with Business Listings , Radio stations and Corporate Office Headquarters