'Usop Wilcha' Lepas Jawatan Pengurus Selepas Jadi Deejay



Shy8 bersama anak dan isterinya
KUALA LUMPUR: Penyampai baru Hot FM, Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 bakal melepaskan jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad dalam masa terdekat.
Jelas Shy8 yang dikenali dengan watak Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, dia sudah memikirkan semasaknya perkara itu dan mengambil keputusan memilih dunia hiburan sebagai kerjaya tetap.
"Mulanya memang saya yakin boleh membahagikan masa antara bidang seni dan bidang korporat tetapi sudah dua bulan berlalu saya rasakan hidup saya semakin tidak terurus.

"Saya tidak mampu untuk beri komitmen kepada kedua-dua bidang sekali gus, justeru mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan tersebut,"jelasnya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Hot FM, di sini, Rabu.
Tambah Shy8 lagi, dia tekad untuk mengambil risiko melepaskan kerjaya tetapnya dan memulakan perjalanan hidup baru dalam dunia hiburan.
"Saya seorang yang suka kepada cabaran dan bagi saya dunia hiburan sebagai cabaran baru buat saya.
"Saya tahu ia adalah risiko melepaskan kerjaya yang sudah menjanjikan pendapatan tetap tetapi keputusan ini diambil selepas berbincang dengan keluarga," jelasnya.
Dalam pada itu, ditanya tentang keserasian mengendalikan segmen AM Krew, kata Shy8, dia masih dalam proses belajar.
"Saya tahu ramai yang masih tidak biasa, begitu juga saya yang masih mencari keserasian antara kami.
"Beri saya dua atau tiga minggu lagi untuk memberikan persembahan yang terbaik dan menceriakan pagi pendengar setia Hot FM," katanya.

No comments:

Post a Comment

Labels

Adbox

@templatesyard