Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Labels: , , , ,

Nash dinasihat bimbing isteri


Sosilawati di Mahkamah Syariah Gombak Timur semalam
selepas perbicaraan mengesahkan lafaz cerai Nash (gambar kecil).


KUALA LUMPUR - Nash sebagai ketua keluarga perlu membimbing isterinya (Sosilawati) walau macam mana tidak baik pun ist erinya itu, kata rakan baik Nash di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini semalam.

Abd. Jalil Ismail, 49, berkata demikian ketika menjawab soal balas oleh peguam syarie Amli Embong berhubung permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah yang difailkan Sosilawati Lawiya, 44, terhadap suaminya.

Menurut Jalil, tujuan dia menghubungi Nash atau Jamaludin Elias, 47, (gambar) pada 17 September 2007 adalah untuk membolehkan pasangan itu berbaik semula.

Dalam perbualan telefon tersebut, dia menasihatkan Nash supaya membimbing isterinya walau macam mana tidak elok perangai isterinya kerana itu sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dan dia tidak boleh lari daripada masalah.

Ditanya oleh Amli bagaimana saksi tahu hubungan pasangan tersebut tidak baik, Jalil memberitahu, ini kerana dia kerap berada bersama kedua-duanya dan mereka berdua kerap menceritakan masalah rumah tangga kepadanya apabila bertemu.

Katanya lagi, sebagai rakan baik Nash, dia tidak bersetuju apabila artis berkenaan membandingkan bekas isterinya dengan isteri sekarang (Sosilawati).

Jalil yang pernah menjadi pembantu peribadi pasangan suami isteri tersebut juga memberitahu dia tidak pernah mendengar Nash melafazkan cerai secara berhadapan dengan Sosilawati dan hanya mendengarnya melalui perbualan telefon pada 17 September 2007.

No comments:

Post a Comment

 
Gosip Artis Malaysia © 2012 | Designed by Canvas Art, in collaboration with Business Listings , Radio stations and Corporate Office Headquarters