Selepas Nasha Aziz, Norlia Ghani pula kena ragut RM8,000

KUALA LUMPUR - Pelakon veteran, Norlia Ghani berputih mata selepas beg tangannya diragut dua lelaki bermotosikal sejurus dia keluar dari sebuah bank di pusat beli-belah Ampang Park di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, Norlia, 63, mengeluarkan wang berjumlah RM8,000 dari bank tersebut dan menyimpannya di dalam sampul surat yang kemudian dimasukkan ke dalam beg tangannya.

Menurutnya, wang berkenaan adalah pendahuluan yang diterima daripada sebuah syarikat produksi tempatan bagi penggambaran sebuah drama bersiri.

Katanya, ketika berjalan di luar pusat beli-belah itu, dia telah dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki yang tiba-tiba menarik beg tangannya menyebabkan dia terjatuh.



No comments:

Post a Comment

Labels

Adbox

@templatesyard