Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Labels: , ,

Johan Raja Lawak Tetap Teruskan Saman Terhadap Javed


Johan tidak menarik kes samannya terhadap Javed untuk dijadikan pengajaran kepada pengarah lain. Foto TheStar oleh SHAARI CHE MAT
WANGSA MAJU: Pelakon dan pelawak, Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 26, menegaskan bahawa dia tidak akan menarik balik kes saman terhadap pengarah Mohd Javed Mohd Nizar.
Beritahu Johan, dia meneruskan saman tersebut untuk dijadikan sebagai pengajaran buat orang lain walaupun dia telah memaafkan pengarah tersebut.
"Sebenarnya saya telah pun maafkan dia. Tetapi saman tetap saman. Buat masa ini saya tak terfikir pun untuk selesaikan kes di luar mahkamah.
"Ini sebagai pengajaran buat pengarah lain agar tidak membuat perkara yang tidak sepatutnya terhadap pelakon lain.


"Walaupun sekadar pelakon tambahan, dia tidak boleh perlakukan sebegitu terhadap saya," katanya selepas tayangan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR), di sini, Selasa.
Pada Jun lalu, Javed telah membaling gelas kaca ke arah Johan sehingga mengalami kecederaan di bahagian dahinya ketika sedang berbincang di sebuah restoran.
Johan mengambil keputusan untuk menyaman Javed berikutan tindakan pengarah berusia 33 tahun dan menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta.
Javed turut dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan email yang diedarkan kepada persatuan-persatuan dan media bagi menjelaskan keadaan tersebut serta merta mengenai berita palsu mengenainya.
"Sekarang saya serahkan kes ini kepada peguam saya untuk menyelesaikan perkara tersebut.
"Apapun saya gembira kerana penerbit-penerbit drama dan filem masih mempercayai saya dalam bidang lakonan dan Alhamdulillah, periuk nasi saya tidak terjejas.
"Ini juga peluang untuk membersihkan nama saya. Lebih menggembirakan saya, Mamat Khalid turut mempercayai saya untuk mengambil berlakon dalam HKLBR walaupun macam-macam khabar angin yang buruk tentang saya yang dia dengar," katanya.

No comments:

Post a Comment

 
Gosip Artis Malaysia © 2012 | Designed by Canvas Art, in collaboration with Business Listings , Radio stations and Corporate Office Headquarters