MENYIMPAN erat kisah cinta mereka, pasangan kekasih Noh, 26, dan Mizz Nina, 30, akhirnya mengambil kata putus untuk mengumumkan tarikh pertunangan mereka dalam satu sidang media yang bakal diadakan di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur 16 Disember ini.
Begitupun, pada waktu sama, Diva terdengar cerita kononnya kepala kumpulan Hujan itu sudah pun bergelar tunangan kepada Nina dalam satu majlis tertutup baru-baru ini.
Itu yang Diva dapat tahu daripada sumber terdekat mereka.
Justeru, majlis tanggal 16 November ini adalah untuk mengumumkan mereka sudah bertunang atau memberitahu tarikh pernikahan yang mungkin menyusul tidak lama lagi.
Khabarnya, mereka sengaja merahsiakan majlis pertunangan itu atas alasan tertentu. Alasan keselamatan agaknya.
Diva cukup senang hati tengok Noh dan Nina yang mahu bersatu jadi suami isteri.
Personaliti Noh yang gila-gila manakala Nina yang selalu merendah diri agaknya satu daya tarikan kepada mereka berdua untuk hidup sebagai suami isteri.
Diva sendiri tidak sabar untuk mendengar sendiri daripada mulut Noh dan Nina.
Cuma, kalau tidak betul gosip ini, Diva awal-awal lagi mohon maaf kepada kalian.
Diva: Tahniah diucapkan kepada pelakon muda, Raja Farah yang selamat bergelar isteri kepada Megat Bashirun Qhuyum Zakaria kelmarin.
No comments:
Post a Comment