Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ombak Rindu Kutip Lebih RM4 juta

Adakah kerana aksi ranjang menyebabkan filem ini box office??? semakin kelam dunia filem Malaysia...


Filem arahan Osman Ali, “Ombak Rindu” mencetus satu fenomena baru dalam industri filem tempatan selepas berjaya mendapat kutipan jualan tiket sebanyak RM4 juta dalam tempoh empat hari tayangannya bermula 1 Disember lalu.
Malah filem romantis lakonan Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani turut menewaskan kutipan hari pertama filem pecah panggung Hollywood, “The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1″ dengan berjaya mengutip sebanyak RM750,000.
Pengarah yang juga calon kategori Pengarah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24 berasa sangat gembira dan bersyukur dengan kejayaan filem yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari tersebut.
“Ia adalah satu suntikan semangat buat saya selepas diberitahu berjaya mendapat kutipan sebanyak itu. Saya tidak menjangkakannya tetapi itulah rezeki buat saya dan semua yang terlibat dalam produksi filem ini,” ujar Osman.
Walaupun gusar jika kurang mendapat sambutan memandangkan penonton kini lebih tertarik menyaksikan filem bercorak komedi dan seram, tetapi dia yakin populariti novel asal turut memainkan peranan penting bagi menarik minat kaki wayang untuk membanjiri panggung.
“Kami pernah mengadakan kajian sebelum membuat keputusan untuk membawa novel ini ke layar perak. Ternyata ramai yang bersetuju dan berminat. Jadi saya yakin mereka yang ke panggung adalah mereka yang pernah membaca novel tersebut,” jelas Osman lagi.
Pengarah kelahiran negeri Kedah ini turut mengakui kekuatan yang ada pada “Ombak Rindu” adalah mainan emosi serta lakonan mantap daripada barisan pelakon.
Oleh: Ashraf Nasser | Cinema Online

No comments:

Post a Comment

 
Gosip Artis Malaysia © 2012 | Designed by Canvas Art, in collaboration with Business Listings , Radio stations and Corporate Office Headquarters