Masih ingat tentang kisah kontroversi
pelakon nurul ain nordin yang berbadan separa bogel untuk poster filem
seram "Satu malam kubur berasap"? Filem tersebut kini bakal ditayangkan
di pawagam dan Nurul Ain tampil membuat penjelasan apa yang sebenarnya
berlaku di sebalik kontroversi gambar "bogelnya".
“Saya memang silap besar sebab tak teliti semula gambar yang diambil selepas fotografi untuk promosi filem itu. Saya terlalu letih dan kalut dek terlalu lama menunggu dari pukul 9 pagi hingga 11 malam bersama artis-artis lain.Ketika ditanya bagaimana sesi fotografi itu berlangsung, Ain berkata, “Semasa fotografi itu, jurugambar meminta saya berkemban kain batik tanpa memakai coli.”Katanya, dia malas nak membantah sebab hendak balik awal dan berehat. Tetapi dia tidak memberitahu kenapa tidak menolak padahal ini mengaibkan dirinya. Ain juga tidak memberitahu perhitungannya antara menggadai maruah agama dan keperluan kerjaya kerana melakukan fotografi itu. Ini yang menimbulkan banyak persoalan kalangan masyarakat.“Tapi bila gambar itu tersebar, saya jadi keliru. Macam mana boleh gambar itu keluar dari syarikat itu sedangkan saya tak dimaklumkan apa-apa. Tup-tup satu Malaysia dah kutuk saya,” katanya.Persoalannya Ain sendiri merelakan gambarnya diambil sedemikian rupa. Kalau dia membantah, jurugambar tentu tidak boleh memaksa. Masyarakat melihat ada “kesengajaan” kemudian meletakkan kesalahan kepada pihak lain.Rentetan daripada itu juga, ibu Ain, Aminah Illadad Khan yang juga seorang pensyarah di sebuah kolej tidak bertegur sapa dengan anaknya.“Saya tak tahu nak cakap macam mana bila Mama tak nak bercakap dengan saya selama sebulan. Saudara mara menjauhkan diri bila saya balik kampung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kekasih menjauhkan diri dan rakan terdekat pula jijik melihat saya.“Ada pensyarah di universiti pula mahu saya berhenti dari mengikuti kuliah (Diploma Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM Shah Alam, Selangor) serta merta. Kenapa baru sekarang wanita berusia 23 tahun ini menyuarakan dukacita terhadap gambar tersebut? Kenapa tidak awal-awal lagi sebagai membuktikan dia dimangsai?“Saya adalah pekerja syarikat filem itu sejak 1 Mac sebelum berhenti pada September lalu. Sepanjang tempoh itu, saya tak dibenarkan membuka mulut oleh majikan. “Saya nak orang tahu bahawa saya bukan ‘pelacur’ murahan yang sanggup menggadaikan maruah untuk lariskan filem ,” tambahnya lagi.
Macam biasa, salahkan orang lain lagi.
Nurul2, apa kata kalau Nurul mengakui je ia salah Nurul. Dan berubahlah
ke arah yang lebih baik. Sebab orang yang sanggup buka baju dan buka
baju dalam dan pakai kain batik, berkemban adalah diri sendiri.
Walaupun ada yang suruh tetapi Nurul
boleh cakap takmo. Jadi di sini sudah tentulah Nurul orang yang wajar
dihentam. Akan tetapi krew produksi juga tidak terlepas dari
tanggungjawab. Sebab mengedarkan gambar2 Nurul untuk tujuan promosi
filem. Mereka cuma fikirkan keuntungan semata2. Jelas disini mereka
mempergunakan badan Nurul untuk meraih kontroversi dan melariskan
product mereka.
Dan Nurul seharusnya lebih berhati2.
Jangan lagi sanggup gadaikan body untuk keuntungan orang lain. Tapi apa
pun artis2 seperti Nurul, Zarina, Maya dan lain2 seharusnya diawasi dan
diberikan dakwah sebab dorang nampaknya tak faham batasan seorang artis
dan pelakon.
No comments:
Post a Comment