Muzik-Muzik 27 - Yana terpaksa ikut kehendak Sam


LAGU duet dua pelakon terkenal, Shaheizy Sam dan Yana Samsuddin, yang berjudul Begini Caranya, bukan sahaja popular menerusi radio. Malah lagu itu juga meraih undi untuk layak bertanding pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke-27 yang akan diadakan pada 11 November ini.
Bagaimanapun, timbul isu pada sidang akhbar semasa mengumumkan senarai lagu yang berjaya masuk ke peringkat separuh akhir program tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini. Pihak TV3 selaku penerbitnya telah mengumumkan bahawaBegini Caranya tidak akan dinyanyikan oleh Sam dan Yana.
Sebaliknya, di atas pentas separuh akhir program itu nanti, lagu tersebut akan didendangkan oleh Ajai dan Marsha Milan Londoh.
Menurut kenyataan TV3, Sam dan Yana tidak dapat menyampaikan lagu tersebut kerana gagal mendapat pelepasan daripada syarikat produksi lakonan mereka iaitu Metrowealth Movies Production (Metrowealth).
Bagi mendapatkan kepastian tentang perkara itu, Kosmo! telah menghubungi Sam baru-baru ini.
GAM: Benarkah Metrowealth tidak memberikan pelepasan kepada Sam dan Yana untuk mendendangkan lagu, Begini Caranya pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke-27?
SAM: Tidak sama sekali. Saya sebenarnya seorang pelakon dan bukan penyanyi. Jadi, saya merasakan tidak sesuai untuk membuat persembahan pada acara tersebut. Lebih afdal jika kami berikan peluang itu kepada penyanyi yang lebih layak atau mempunyai lebih pengalaman.
Peminat pasti kecewa kerana sebelum ini mereka mengundi Sam dan Yana. Boleh komen?
Ya, betul. Pada hakikatnya memang agak berat bagi saya untuk membuat keputusan ini. Namun, setelah berfikir panjang, saya terpaksa menarik diri kerana ia memerlukan banyak latihan. Dengan jadual lakonan yang sibuk, saya rasa saya tidak dapat berikan komitmen terhadap latihan nyanyian.
Jadi, ini memang keputusan Sam dan Yana sendiri?
Ini memang keputusan kami berdua.

GAM : ke sebab suara tu dalam lagu hanya kesan effek je? :)
- ---

No comments:

Post a Comment

Labels

Adbox

@templatesyard