Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Labels:

Awie Tukar Bidang

Awie
PETALING JAYA: Selepas lebih 20 tahun mengecapi kejayaan dalam seni muzik dan lakonan, vokalis kumpulan Wings, Awie, bakal muncul di bidang baru pula iaitu sebagai pengacara pula.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 44, akan menghiburkan peminat-peminat menerusi program pertama kendaliannya iaitu Tunggu Sekejap.
Disiarkan bermula 11 November ini merupakan program bual bicara yang sarat dengan aksi yang mencuit hati dan mendebarkan serta diselitkan elemen-elemen hiburan.
Bagaimanapun, Awie tidak akan keseorangan kerana dia turut ditemani oleh tetamu istimewa yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, pelawak, ahli sukan dan ahli perniagaan.
Antara tetamu undangan Tunggu Sekejap ialah Shuib Sepah, Ifa Radziah, Zalif Sidek, Sofi Jikan, Didie Alias, Eby Yus, Monoloque, Almy Nadia, Nabil, Dina Nadzir, Aiman Hakim Ridza, Angah Raja Lawak, Abon, Syanie, Wan Sharmila dan ramai lagi.
Menerusi segmen pertama iaitu 'Babak Ke Babak', penonton akan melihat lakonan semula atau kesinambungan babak dari filem-filem popular, antaranya Kabhi Khushi Kabhi Gham, Gila-Gila Remaja dan Sembilu oleh tetamu undangan.
Diselang-seli dengan segmen 'Babak Ke Babak' pada setiap episod, segmen 'Lawak Lawak' juga mengehendaki tetamu undangan berlakon, berdasar tajuk yang diberi.
Segmen seterusnya ialah 'Aksi di mana mereka yang tersenarai di dalam Malaysian Book Of Records akan melakukan aksi-aksi yang menggerun dan mendebarkan seperti tinggal bersama 150 ekor ular, memakan kaca, bawa kereta reverse, ditetak tangan dengan parang, berdiri di atas motor paling lama dan banyak lagi.
Segmen 'Tiru Gaya Artis' kemudian menyusul di mana mereka yang berbakat untuk meniru suara, gaya dan rupa seiris artis akan dijemput ke studio.
Segmen terakhir pula iaitu 'Karaoke Ligat', penonton akan dihiburkan dengan persembahan oleh tetamu undangan yang menyanyikan lagu-lagu kerakyatan atau lagu-lagu popular dalam versi loghat negeri seperti Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan sebagainya.
Tidak ketinggalan, Awie juga bakal menyanyikan beberapa buah lagunya dan lagu popular lain pada setiap episod.
Bersiaran pada setiap Ahad, pukul 11 malam, ia disiarkan sebanyak 13 episod menerusi saluran TV3.
- ---

No comments:

Post a Comment

 
Gosip Artis Malaysia © 2012 | Designed by Canvas Art, in collaboration with Business Listings , Radio stations and Corporate Office Headquarters