Finas Tegur Que Haidar



PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menegur pelakon Que Haidar yang menyamakan Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM 27) seperti anugerah kanak-kanak iaitu Kids Choice Awards di Amerika Syarikat gara-gara tidak puas hati filem lakonannya Ophilia tidak dicalonkan.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat dan Pengurusan Strategik Finas, Datuk Fauzi Ayob berkata, Que tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia adalah tidak adil buat agensi itu yang bertungkus lumus menjayakan FFM dalam memartabatkan filem tempatan.

"Pandangan Que menyamakan FFM 27 dengan Anugerah Kids Choice Awards adalah tidak adil namun itu pandangan peribadinya.

"Bagaimanapun tidak sepatutnya dia berkata demikian kerana FFM adalah sebuah acara berprestij dan bukan seperti diperkatakan. Kami di Finas sedaya upaya cuba untuk memartabatkan filem Malaysia," katanya  ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

- ---

No comments:

Post a Comment

Labels

Adbox

@templatesyard