Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Labels:

Fezrul Khan Cerai Talak Satu Selepas Tiga Tahun Kahwin

 

PETALING JAYA: Pelakon Fezrul Khan mengesahkan jodohnya dengan isteri Noorhafizah Zulkafli, 31, tidak panjang selepas kedua-dua mereka bercerai dengan talak satu.

Lafaz cerai dilakukan Fezrul di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dekat sini pada Rabu.

Fezrul atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidi, 35, bagaimanapun enggan menjelaskan berhubung punca perceraian itu.

"Hmmm... Ya. Sejak semalam (bercerai) di Mahkamah Hulu Langat.

"Selebihnya saya tidak boleh bercakap sekarang. Saya belum bersedia," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Ketika ini dia sedang menjalani penggambaran drama Alif Iman yang akan disiarkan di saluran TV9.
Fezrul dan Noorhafizah mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2012.

Setahun selepas itu pasangan tersebut mendapat seorang anak lelaki iaitu Farrel Khan yang kini berusia dua tahun.
 
- ---

No comments:

Post a Comment

 
Gosip Artis Malaysia © 2012 | Designed by Canvas Art, in collaboration with Business Listings , Radio stations and Corporate Office Headquarters