Hamil Anak Kedua Halang Faezah Elai Berlakon

PETALING JAYA: Pelakon Faezah Elai memberitahu keadaan kesihatan tidak mengizinkan dia untuk terlibat dalam sebarang aktiviti seni setelah disahkan hamil anak kedua sejak Mac lalu.

Faezah, 33, berkata, pangalaman mengandung cahaya mata kedua ini lebih sukar apabila dia mengalami alahan yang teruk sepanjang usia kandungannya yang kini memasuki bulan keenam.

"Saya dapat tahu yang saya mengandung selepas dua bulan ketika itu penghujung penggambaran drama Wadi yang kini sedang ditayangkan di TV3.


"Selepas tamat drama itu saya terus berehat dan keadaan kesihatan saya memang agak teruk ketika mengandung kali ini. Badan terlalu lemah dan tidak boleh banyak bergerak.
"Bukan berlakon sahaja, undangan majlis hiburan pun saya tidak dapat datang," ujarnya ketika dihubungi.

- ---

No comments:

Post a Comment

Labels

Adbox

@templatesyard