Nora Danish Kurang Pengetahuan Mengenai Cukai



SHAH ALAM: Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, kurangnya pengetahuan menyebabkan segelintir artis di negara itu tidak mengetahui mereka sebenarnya diberi keistimewaan untuk mendapat pelepasan cukai.

Zed berkata, sesuatu pembelian melibatkan imej seseoang artis perlu dibuktikan dengan resit yang disimpan jika diminta oleh pihak Lemgaha Hasil Dalam Negari (LHDN) ketika membuat pengiystiharan cukai pendapatan.


Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata, perkara berkaitan lain dengan kerjaya sebagai artis juga boleh dikenakan pelepasan cukai namun perlu mempunyai bukti resit sekiranya diminta disertakan untuk sokongan ketika membuat pengisytiharan pendapatan.

"Cadangan yang dibuat Nora Danish sebelum ini tidak salah dan LHDN memang memberi pelepasan untuk penampilan dan perkara berkaitan kerana ia adalah sebahagian daripada tugas mereka untuk kelihatan menarik.



"Cuma mungkin ada yang tidak tahu bahawa ia boleh mendapat pengecualian kerana faktor kurang maklumat tetapi mereka kena bersedia dengan bukti resit sebagai sokongan," katanya


Zed ditemui pada sidang media Hari Bersama Pelanggan Budi Group dengan kerjasama Seniman di sini, Rabu.

Tambah Zed, Seniman telah berjumpa sendiri dengan pihak LHDN bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu selepas kenyataan Nora dimanipulasi sesetengah pihak yang mendapat perhatian hebat di laman sosial baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zed berkata, hasil perbincangan dengan Bahagian Pendidikan Cukai LHDN, mereka akan menjalinkan kerjasama dalam mengadakan beberapa program dalam menyebarkan maklumat tepat tentang pembayaran cukai kepada golongan selebriti.

Katanya, kekurangan maklumat dan salah faham mengenai cukai membuatkan ramai artis takut untuk membuat pengisytiharan pendapatan mereka sehingga menyebabkan menimbulkan masalah di kemudian hari.

"Isu yang saya lihat sekarang adalah tiada pendidikan awal tentang proses pembayaran cukai kerana ramai yang salah faham sehingga mengabaikan perkara itu.

"Cukai bukan bererti kita perlu bayar tetapi sebenarnya banyak faedah lain dan dalam kebanyakan kes tidak perlu bayar pun malah ada dapat kembali lebihan cukai yang dibayar," katanya.

No comments:

Post a Comment

Labels

Adbox

@templatesyard