Isi Hati Ziana Zain

LEBIH kurang 24 jam selepas berita suaminya di dakwa atas kesalahan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya, penyanyi terkenal, Ziana Zain, memuat naik sekeping gambar yang menggambarkan isi hatinya kini.

Dengan tulisan ringkas, 'Don't judge my path if you haven't walked my journey' (Jangan menilai jalan saya jika anda tidak berada dalam perjalanan itu), dipercayai ditujukan buat sesetengah pengikut media sosial yang mempertikaikan tindakannya membuat laporan polis terhadap suaminya.
Bagaimanapun tinjauan di posting terbarunya itu mendapati rata rata pengikut dan pengikut penyanyi yang terkenal dengan lagu Anggapanmu ini memberi sokongan moral buat Ziana.


 

Bahkan kebanyakannya percaya, Ziana bertindak atas dasar rasional dan terkejut memandangkan ini kisah pertama rumah tangganya hinggap di dada media.
Semalam, suami Ziana, Armin Zaharin, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mendera anaknya di sebuah rumah di Denai Alam, dekat sini, jam 4 pagi pada 25 Februari lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, bekas Pramugara Kanan Malaysia Airlines itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Mahkamah menetapkan 4 April untuk sebutan semula.
Armin,53, ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana Zain membuat laporan polis pada 27 Februari lalu.
Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa itu bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

No comments:

Post a Comment

Labels

Adbox

@templatesyard