Tajul Kasi Hangat Haters


SERING kali menerima kecaman daripada netizen, penyanyi Tajul menggunakan peluang membalas komen negatif yang ditinggalkan di laman sosial.
Menurut Tajul, 20, dia sudah lama tidak melayan 'haters' di Instagram dan berasakan perlu sesekali membalas komen mereka dengan tujuan memberi pengajaran.
"Rasa macam lama sangat tak layan haters ni, sekali sekala bagi dia orang hadam pula. Bukan selalu!.
"Dia bagi kita panas, aku bagi dia terbakar membuak-buak. Nak lawan pedas? Mari...," tulisnya.


Penyanyi lagu Melamar Rindu ini berkata demikian menerusi muat naik di Instastory pada petang Khamis.
Menerusi foto tersebut, dia turut membalas beberapa komen negatif yang ditinggalkan pengikutnya di laman tersebut.
"Biar muka tak berapa nak cerdik, tapi jangan tunjuk bangang yang melampau kat komen aku. Semak, pergi main jauh-jauh," balasnya kepada pemilik akaun abam-bawang69.
Sementara itu, Tajul berkata dia menggunakan tanda pagar (hashtag) Cerdik Kids Geli untuk golongan haters berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Labels

Adbox

@templatesyard