Afdlin Nasihat Jangan Mencuri


PELAKON dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki menggesa pelawak tempatan agar tidak mencuri bahan pelawak lain dalam setiap persembahan komedi mereka.
Afdlin, 47, berkata, perbuatan memplagiat bahan pelawak lain untuk menjana pendapatan adalah sesuatu yang tidak berintegriti dan perbuatan yang salah.
"Ini merupakan salah satu isu integriti yang wujud dalam indsutri seni tanah air. Kalau ambil bahan orang lain, balik melawak kat rumah sahaja tak apa.
"Tapi bila ambil bahan lawak pelawak lain dan guna untuk persembahan pentas, itu bermaksud dia menjana pendapatan atas hasil plagiarism," katanya .
Dia ditemui sewaktu program Integrity Art Night - Komedi Berdiri Integriti yang diadakan di Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur, pada Rabu.
 

Pada cara itu, Afdlin turut mengakui hal berkenaan dapat dilihat khususnya melibatkan pelawak-pelawak baharu.
"Saya tak nafikan, pelawak baharu misalnya, mereka perlu ikut pelawak yang sudah berpengalaman.
"Tapi janganlah sampai tahap plagiat, content kena tulis sendiri, baru ada integriti," ujarnya.
Selain pelawak, pengarah filem Papadom itu turut mengakui wujudnya isu integriti dalam kalangan pengkarya filem.
Menurut Afdlin, pengkarya yang menghasilkan filem tanpa integriti pastinya akan memberi kesan terhadap kualiti akhir sesebuah karya.

No comments:

Post a Comment

Labels

Adbox

@templatesyard