Erra Fazira Akui Tertekan

Erra Fazira  
SHAH ALAM: Pelakon jelita, Erra Fazira tetap berpegang teguh dengan prinsip tidak akan berkongsi mengenai kisah rumah tangganya kepada umum kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan.
Erra berkata, dia akan terus berdiam diri kerana bimbang kenyataannya nanti akan disalah ertikan oleh sesetengah pihak yang akan membawa kepada masalah yang lebih besar.
"Saya akan terus berpegang kepada kata-kata saya sebelum ini dan akan terus berdiam diri daripada meluahkan mengenai perihal rumah tangga saya," ujarnya selepas ditemui semasa pelancaran drama bersiri Mana Hilangnya Juwita di sini, Isnin.
Tambah Erra, dia juga belum bersedia untuk membuka mulut dengan isu yang sedang hebat diperkatakan itu dan akan bertahan selagi terdaya.
"Tiada rumah tangga yang sempurna dan begitu juga saya dan itu adalah perkara biasa bagi pasangan yang berkahwin," ujarnya.
Sebelum ini, media melaporkan rumah tangga yang dibina Erra bersama suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin dikatakan goyah apabila timbul pelbagai dakwaan yang mengaitkan pasangan itu.
Dalam pada itu, mengulas mengenai status yang ditinggalkan di laman Twitter miliknya baru-baru ini yang berbunyi "suatu hari saya akan bersuara", Erra memberitahu ia adalah sekadar luahan biasa bagi seorang manusia.
Ujar Erra, perkara itu terjadi apabila dia sangat tertekan dengan pelbagai tohmahan dan cakap-cakap kurang enak mengenai dirinya dan suami sehingga menyebabkan dia tertulis luahan itu.
"Saya kelihatan kuat tetapi ada kalanya saya tewas dengan emosi kerana tertekan dengan keadaan sekeliling namun nasib baik saya cepat sedar akan tindakan itu," katanya.
Sementara itu, Erra memberitahu, dia tidak lagi mengambil peduli dengan tohmahan yang dilemparkan sebaliknya memberikan fokus kepada kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Dia kini sibuk dengan pelbagai aktiviti sehingga menyebabkan dia tiada masa untuk melayan cerita-cerita kurang enak berkaitan dirinya.
"Sekarang sangat sibuk dengan undangan lakonan dan rasanya itu adalah cara paling baik untuk tidak berfikir mengenai kekecohan yang berlaku," katanya.
Erra bakal muncul dalam drama bersiri Mana Hilangnya Juwita di samping pelakon antaranya seperti Lisa Surihani, Datin Umi Aida dan Zahiril Adzim.
Ia bakal menemui peminat pada 9 Julai ini, pukul 10 malam di saluran Astro Ria.

- ---

No comments:

Post a Comment

Labels

Adbox

@templatesyard