Aiman Tino masuk Buku Rekod Malaysia


PENYANYI Aiman Tino meluahkan rasa terharu apabila lagu nyanyiannya berjudul Ku Rela Dibenci mencipta sejarah apabila ia tersenarai dalam Malaysia Book Of Record.
Menurut Aiman, dia tidak menyangka lagu sulungnya itu mendapat jumlah tontonan tertinggi di laman Youtube sehingga layak menerima penghargaan tersebut.
"Tak sangka dan terkejut apabila dimaklumkan lagu tersebut tersenarai sebagai lagu paling banyak tontonan.

 

"Lagu itu sendiri sangat bermakna dalam hidup saya kerana di situlah bermulanya karier saya sebagai penyanyi," katanya.
Sehingga kini, lagu ciptaan kedua ibu bapanya iaitu Yusri dan Riena itu mendapat lebih 43 juta tontonan di Youtube.
Aiman memberitahu majlis penyerahan sijil penghargaan atas kecemerlangannya itu akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara pada 16 Januari ini.

No comments:

Post a Comment

Labels

Adbox

@templatesyard