Saya suka orang gelar 'Mat Poyo' - Mas Khan


PELAKON Mas Khan tidak hirau dengan tanggapan orang ramai terhadap dirinya selepas mereka menonton filem terbaharu lakonannya iaitu Busker yang bakal ditayangkan pada 11 Januari depan.
Kata pemilik nama sebenar Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah, 23, ini, wataknya sebagai Daniel yang bersikap 'poyo' atau menjengkelkan mempunyai persamaan dengan dirinya yang sebenar.
"Sejujurnya watak Daniel itu ada sedikit persamaan dengan diri saya. Memang saya akui dalam dunia sebenar saya seorang yang ada sifat 'poyo' seperti itu.


 
 
"Malah, saya tidak kisah dan lebih suka orang gelar saya 'mat poyo' selepas menonton filem tersebut," kata Mas Khan .
Mas Khan ditemui ketika tayangan perdana filem itu yang diadakan di Mmcineplexes E@Curve, Damansara baru-baru ini.
Filem arahan Syed Khairul Fariz ini turut menampilkan pelakon seperti Daiyan Trisha, Hafeez Mikail, Anas Ridzuan dan Bulan.
Dalam pada itu, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot ini berkata, dia tidak kisah dengan gelaran tersebut kerana baginya ia petanda ada yang ingin mengambil tahu mengenainya.

No comments:

Post a Comment

Labels

Adbox

@templatesyard