Dato Seri Siti Nurhaliza bakal timang cahaya mata perempuan



PETALING JAYA: Teka-teki jantina bayi sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya terjawab apabila penyanyi tersohor itu mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan.
Siti dan suami Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa membuat pengumuman tersebut menerusi rakaman video di laman Instagramnya pada pagi Khamis bersempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-39.
"Nak kongsikan dengan semua sempena birthday Siti, Insya-Allah apa yang kami nanti-nantikan, doktor sahkan anak kami adalah 'puteri'.
"Doakan zuriat kami sihat dan menjadi anak solehah. Alhamdullillah, terima kasih atas doa semua dan semoga semuanya selamat." katanya.
 
Dalam pada itu, beberapa stesen radio mendedikasikan slot khas buat penyanyi tersohor itu bersempena ulang tahun kelahirannya hari ini.
Sejak pukul 9 pagi tadi, stesen radio Suria FM memutarkan seleksi lagu-lagu popular Siti selama satu jam menerusi segmen Suria Pagi bersama Fizi Ali dan tetamu undangan Wany Hasrita.
Malah stesen radio seperti Sinar FM dan Kool FM, Hot FM, THR Gegar dan Best FM turut mendedikasikan slot pagi mereka untuk meraikan hari jadi penyanyi kesayangan ramai itu.
Hot FM turut tampil dengan beberapa segmen lain untuk Siti termasuk Topik Pagi iaitu mengenai lagu Siti yang memberi kenangan kepada diri pendengar.
Siti menerusi Instagram memberitahu terharu dengan tindakan stesen radio mengadakan segmen khas sempena ulangtahun kelahirannya.


No comments:

Post a Comment

Labels

Adbox

@templatesyard