Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Labels:

Cahaya Ramadan Leya



SATU Ramadan merupakan detik bermulanya perubahan imej serta kehidupan seorang penyampai radio iaitu Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau lebih mesra disapa Leya kerana mengambil keputusan untuk berhijrah.
Namun, ketika ditebak persoalan mengenai penghijrahannya ini, Leya bukanlah seperti kebanyakan selebriti yang ringan mulut untuk berkongsi kisah perubahannya itu. Setiap persoalan yang ditanya oleh pihak media akan dijawab dengan jawapan yang hampir serupa.
"Ya, memang saya kini telah pun bertudung bermula 1 Ramadan lepas. Insya-Allah akan berpanjangan. Saya memang tidak mahu komen tentang penghijrahan saya ini, dan biarlah ia menjadi kisah peribadi saya," tutur Leya ringkas memberi jawapan terhadap perubahan dirinya.
Walaupun telah bertudung, apa yang pasti, Leya masih seorang yang ceria dan lantang bersuara seperti empunya diri dahulu. Insya-Allah, Leya sendiri mendoakan supaya perubahannya ini akan berkekalan hingga bila-bila.
Istimewa Ramadan
Cerita penyampai radio di stesen Hot FM ini tentang Ramadan, sepanjang 10 hari berpuasa, hanya dua atau tiga kali sahaja berbuka di luar. Selebihnya, dia lebih gemar berbuka di rumah bersama keluarga tercinta.
"Hanya beberapa kali saya berbuka di luar kerana tidak sempat dan yang lain saya akan berbuka di rumah kerana memang kebetulan tempat tinggal saya berdekatan dengan rumah keluarga saya.
ALEYA berdoa supaya dirinya akan kekal bertudung buat selama-lamanya.


"Saya memang minat memasak, tapi apabila memasak untuk diri saya seorang sahaja bersama anak-anak, suasananya tidak sama dengan berbuka riuh bersama keluarga. Baik saya pergi rumah mama. Jika bernasib baik, makanan sudah dimasak. Saya
memang suka berbuka bersama keluarga saya kerana suasananya sangat berbeza dan meriah. Begitu juga dengan kawan-kawan," tutur Leya tentang jadual Ramadannya.
Cerita Leya lagi, pada Ramadan pertama, mereka tidak sempat memasak kerana terlalu teruja dan leka membeli barangan runcit untuk persediaan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.
"Akhirnya, kami hanya berbuka dengan membeli nasi beriani yang sangat sedap. Kerana setelah selesai membeli, baru kami sedar yang kami tidak sempat memasak," ungkap Leya.
Bicara wanita kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini, antara menu istimewa yang harus ada setiap kali menjelang Ramadan ialah nasi ulam yang merupakan resipi dari arwah neneknya yang kini diamalkan oleh Leya dan keluarga.
Tambahnya, tentang resipi nasi ulam ini, ia harus mempunyai tujuh jenis ulam yang dipotong dan dimakan bersama nasi. Bagaimanapun, arwah neneknya mengubah suai resipi tersebut.
"Sebenarnya, ketujuh-tujuh ulam ini akan dipotong, namun arwah nenek ubah dari dipotong kepada dihiris halus-halus termasuk bawang, ikan masin serta udang kering yang kemudiannya digaul bersama.
GEMAR memasak, Aleya bagaimanapun lebih gemar berbuka puasa bersama keluarga di rumah.


"Namun oleh kerana mama saya gemar dengan ulam-ulaman, dari tujuh jenis, ditambah menjadi 13 jenis ulam. Bayangkan 13 jenis ulam perlu dihiris halus-halus. Penyediaannya memang leceh sedikit namun ia memang menu yang harus ada sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan," jelas Aleya yang mengatakan pada kebiasaannya nasi ulam tersebut akan dimakan bersama daging atau ikan bakar.
Bercerita tentang cerita raya pula, kata Leya, tahun ini, dia hanya akan bercuti sehari dan selepas itu akan menyambung kerja seperti biasa.
Oleh kerana cuti yang singkat, Leya hanya menyambutnya di Kuala Lumpur sahaja memandangkan keluarganya juga berada di sini. Dia juga tidak kisah untuk bekerja kerana minat dengan apa yang dilakukannya.
- ---

No comments:

Post a Comment

 
Gosip Artis Malaysia © 2012 | Designed by Canvas Art, in collaboration with Business Listings , Radio stations and Corporate Office Headquarters