Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Labels:

Ibadah Aida Khalida Lebih Lancar Sejak 'Berhijrah'

Aida Khalida
PETALING JAYA: Dramatis popular Aida Khalida mengakui urusan ibadahnya menjadi lebih mudah dan lancar sejak dia melakukan penghijrahan kira-kira empat tahun lalu.
Aida, 55, berkata jika sebelum ini dia berdepan kesukaran untuk melaksanakan ibadah termasuk berpuasa dan solat, segalanya berubah selepas dia memilih untuk berhijrah.
“Bayangkan, sebelum ini saya akui begitu payah dan ‘berat’ sangat untuk melakukan ibadah bersolat dan berpuasa.
“Namun bukan hendak takbur atau cakap besar tetapi sejak berhijrah saya tidak mempunyai masalah langsung atau keberatan untuk melakukan ibadah,” katanya ketika dihubungi di sini.
Ditanya mengenai keaktifannya dalam lakonan sepanjang Ramadan ini, Aida berkata penghijrahannya tidak menjadi masalah untuk dia mengimbangi di antara tuntutan kerja dan ibadah.
“Kerja lakonan berjalan seperti biasa dan tiada sebab untuk saya berehat atas alasan berpuasa. Semuanya fleksibel dan kita sebagai Muslim kena bijak mengimbangi antara kerja dan ibadah.
“Walaupun usia makin meningkat, saya tidak mengalami kepenatan untuk berpuasa kerana sudah terbiasa melakukan puasa sunat hampir setiap minggu sejak berhijrah,” katanya.
Tambah Aida, rezeki yang diperoleh daripada pendapatannya menjadi lebih berkat kerana ia berterusan dan tidak pernah putus.
“Alhamdulillah, pendapatan lakonan saya tidak terjejas, malah rezeki itu menjadi lebih berkat sejak saya bertudung.
“Kalau sebelum ini, dapat sebanyak mana pun wang pasti akan habis begitu sahaja tetapi sekarang rezeki itu sentiasa ada. Itulah perkara terhebat yang saya peroleh berkat penghijrahan ini,” katanya.
Terbaru, bekas isteri kepada penyanyi Joe Radzwill ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Syahadat Cinta untuk TV AlHijrah.
- ---

No comments:

Post a Comment

 
Gosip Artis Malaysia © 2012 | Designed by Canvas Art, in collaboration with Business Listings , Radio stations and Corporate Office Headquarters