Shahrizal Jazle Tangguh Kahwin

Shahrizal Jazle
KUALA LUMPUR: Pelakon Shahrizal Jazle, 25, memberitahu terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Redwani Putri,25, sehingga tahun 2015.
Kata Shahrizal atau lebih mesra dipanggil Shahz, ia berikutan permintaan kedua ibu bapa Redwani yang mahu wanita itu menamatkan pengajiannya terlebih dahulu sebelum bergelar isteri.
"Ya... kami memang pada awalnya ingin berkahwin awal tapi ibu bapanya mahu dia tamatkan pengajian dahulu.
"Insya-Allah dua tahun lagi (bernikah). Sebagai anak kami mengikut sahaja apa yang terbaik bagi keluarga," ujarnya yang menafikan dakwaan bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini.
Shahz ditemui pada majlis minum petang anjuran Rafflesia di Hotel Park Royal di sini pada Selasa sempena meraikannya dan beberapa pelakon lain yang dicalonkan sebagai pelakon Harapan Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25).
Dalam pada itu Shaz memberitahu, walaupun perkahwinan dua tahun lagi tetapi mereka telah membuat sedikit sebanyak persiapan untuk majlis tersebut.
Katanya, tempat persandingan dengan tema perkahwinan dalam taman akan menjadi pilihan.
"Saya sudah buat sedikit sebanyak persiapan dan sudah ada lokasi perkahwinan nanti iaitu di Hulu Langat.
"Sejak dari dulu saya sudah impikan untuk berkahwin dengan tema dalam taman dan dia (Redwani) setuju," ujarnya.
Dalam pada itu, Shahz mengakui sudah merasai dugaan bertunang biarpun baru tiga bulan menjalinkan ikatan.
"Dugaan pertama ialah jarak dan masa yang mana kami jarang bertemu kerana kesibukan masing-masing.
"Saya juga akan berada di Kedah selama tiga bulan untuk penggambaran drama Rindu Bertaut Di Abu Dhabi.
"Dia juga sibuk dengan pengajiannya, jadi kami agak sukar berjumpa tetapi hanya berkomunikasi menerusi telefon," ujarnya.
- ---

No comments:

Post a Comment

Labels

Adbox

@templatesyard