Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Labels:

Anak Andy Flop Poppy Enggan Dibayangi Ayah Sendiri

Daniel mahu dikenali kerana bakat dan bukannya kerana dia anak kepada Andy (Flop Poppy).  
PETALING JAYA: Anak kepada penyanyi terkenal, Andy (Flop Poppy) iaitu Daniel tidak mahu kehadirannya dalam industri muzik bersama kumpulannya iaitu Loka dibayangi kerana populariti bapanya.
Daniel atau nama sebenarnya Megat Daniel Azreen, 20, berkata, dia mahu kemunculannya dapat diterima kerana bakat sebagai pemuzik dan bukan semata-mata dia adalah anak kepada seorang penyanyi terkenal.
"Saya bangga mempunyai seorang bapa yang berbakat dan dikenali masyarakat tetapi saya tidak mahu menggunakan kelebihan daripada seorang bapa untuk mencipta nama.
"Lebih baik masyarakat menilai dan mengenali saya kerana bakat dan kebolehan saya bermain muzik," ujarnya.
Tambah Daniel, muzik yang dibawa menerusi kumpulan Loka itu juga berbeza daripada apa yang ditonjolkan oleh bapanya menerusi Flop Poppy dan The Malayan.
Dalam pada itu, Daniel tidak menafikan, bapanya banyak mempengaruhinya untuk menceburi kerjaya dalam bidang muzik dan sentiasa memberi sokongan dalam keputusan yang dibuat.
Tambah Daniel, bapanya itu juga banyak mengajar mengenai pemahaman tentang muzik sejak kecil selain menjadikannya sebagai inspirasi untuk berjaya.
Daniel memberitahu kumpulannya iaitu Loka akan muncul dengan album pertama tidak lama lagi.
"Bapa saya adalah insan yang bertanggungjawab memperkenalkan saya kepada dunia muzik kerana dialah yang banyak mengajar saya dan dia adalah sumber inspirasi saya," katanya.
Sementara itu, bercakap mengenai kumpulan Loka, Daniel berkata, mereka akan mengeluarkan album pertama tidak lama lagi namun telah pun melancarkan single sulung berjudul “Cinta Syurga”.
Daniel memberitahu, mereka memilih untuk tampil dengan lagu-lagu berkonsepkan pop balada dan kesemua lagu untuk album itu dihasilkan oleh semua ahli kumpulan Loka.
"Kumpulan ini dianggotai oleh empat orang dan saya akan bertindak sebagai vokalis. Kami memilih genre pop balada sebagai taruhan utama adalah kerana untuk memberikan kelainan dan yakin kekuatan kami kepada lagu-lagu jenis itu," katanya.
Turut menganggotai kumpulan terbaru yang ditubuhkan Andy iaitu The Malayan sebagai pemain bass, Daniel berkata dia yakin dapat membahagikan masa terhadap dua kumpulan selain mahu membiasakan diri dengan persembahan pentas.

- ---

No comments:

Post a Comment

 
Gosip Artis Malaysia © 2012 | Designed by Canvas Art, in collaboration with Business Listings , Radio stations and Corporate Office Headquarters