Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Labels:

Ibu Paling Gembira Apabila Ella Bertemu Jodoh

Ella
PETALING JAYA: Ibu kepada penyanyi rock ternama Ella iaitu Yang Asmah Yong, 85, merupakan individu yang paling gembira selepas mendengar luahan Azhar Ghazali yang ingin mengambil anaknya itu menjadi isteri.
Kakak kepada penyanyi itu yang juga jurusolek terkenal Saidatulnisa Aminuddin berkata, ibu mereka tidak dapat menggambarkan betapa seronoknya apabila juruterbang syarikat penerbangan Firefly itu meluahkan hasrat tersebut dalam satu pertemuan yang diadakan.
“Ibu memang gembira akhirnya anak keenamnya itu bakal bertemu jodoh. Keinginan untuk menjadikan Ella sebagai isteri itu diluahkan sendiri oleh Azhar ketika dia datang bertemu dengan ibu,” katanya  ketika dihubungi di sini, Rabu.
Laporan akhbar sebelum ini menyebut Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, mengesahkan mahu menamatkan zaman bujangnya pada Sabtu ini di rumah keluarganya di Teluk Gadong, Klang, dekat sini.
Upacara akan nikah dijadualkan selepas waktu Isyak secara tertutup untuk saudara mara dan pihak media sahaja.
Ella dan Azhar yang berusia 30-an berkenalan sejak sembilan tahun lalu dan hubungan itu menjadi serius sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Saidatulnisa berkata, kerana gembira dengan berita tersebut, ibunya tidak menghalang untuk pasangan berkenaan mempercepatkan tarikh nikah yang akan diadakan di rumahnya.
Katanya, keluarga pihak lelaki yang datang pada 17 Julai lalu untuk merisik membuat keputusan untuk mengadakan majlis bertunang dan nikah serentak.
Sementara itu tambah Siadatulnisa, Ella dan Azhar telah bersetuju untuk memakai pakaian rekaan Saiful Baharim pada majlis akad nikah itu nanti
Bagi majlis resepsi yang dirancang di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya pada 1 Disember depan pula, pihaknya masih dalam perancangan bagi memilih konsep yang akan diketengahkan.
“Kami berharap apa yang dirancang ini berjalan dengan lancar dan saya bagi pihak keluarga mahu meminta maaf kepada mereka yang tidak di undang kerana ia hanyalah sebuah majlis kecil-kecilan melainkan majlis resepsi yang akan dibuat hujung tahun ini,” katanya.
Sementara itu, jemputan kepada pihak media bagi menghadiri majlis berkenaan telah dihantar melalui e-mel pada petang rabu.

- ---

No comments:

Post a Comment

 
Gosip Artis Malaysia © 2012 | Designed by Canvas Art, in collaboration with Business Listings , Radio stations and Corporate Office Headquarters