Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Labels:

Watie Elite Hamil?

Watie Sadali
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Watie Sadali (Elite) yang sudah enam bulan berumah tangga dengan pelakon Joey Daud berkata dia perlu bersiap sedia jika ditakdirkan hamil dalam masa terdekat selepas mengalami kitaran haid yang tidak menentu kebelakangan ini.
Pemilik nama Norwati Sadali, 36, ini berkata, dia tidak akan menolak rezeki daripada Allah walaupun pada hakikatnya dia masih belum bersedia pada tahun ini.
“Saya mula berasa pelik dengan kitaran haid yang tidak menentu kebelakangan ini. Saya masih belum datang haid lagi untuk bulan ini, sekali gus membuatkan saya berasa ada sesuatu yang tidak kena.
“Jika tiada perubahan dalam masa sehari dua, mungkin saya akan lakukan ujian kehamilan. Kalau benar ada rezeki saya hamil, saya tidak akan tolak tetapi terus-terang saya belum bersedia pada tahun ini,” katanya  petang Selasa.
Watie dan Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 38, bernikah secara rahsia pada 22 Disember tahun lalu di kediamannya di Bukit Antarabangsa dekat sini dengan berwalikan adiknya Mohd Nor Azni Sadali.
Bercerita lanjut, Watie berkata selama ini dia bukan enggan untuk mengandung tetapi disebabkan komitmen kerja yang padat sepanjang tahun ini.
Watie dan Joey pada majlis resepsi perkahwinan mereka pada 1 Mei lalu. Mereka akan bersanding buat kali kedua di perkarangan Mydin Mall, Subang Jaya, pada pukul 8.30 malam Sabtu ini.
“Saya tidak merancang kehamilan. Malah, suami saya juga mahukan anak secepat mungkin tetapi dia memahami kesibukan saya pada tahun ini.
“Cuma, sebolehnya saya tidak mahu mengandung pada tahun ini, kalau boleh biarlah tahun depan. Namun, kalau sudah tertulis rezeki datang pada tahun ini, saya tidak keberatan menerimanya,” akui Watie.
Selain sibuk di lokasi penggambaran telefilem untuk musim Aidilfitri nanti berjudul Raya Bujang Sore untuk siaran RTM, Watie juga giat membuat persiapan terakhir untuk majlis resepsi perkahwinan keduanya pada Sabtu ini.
“Saya sangat sibuk dan terkejar-kejar ke sana dan sini untuk memenuhi pelbagai urusan. Saya sedang menjalani penggambaran telefilem, menguruskan perniagaan serunding dan persiapan serba sedikit untuk majlis resepsi pada Sabtu ini.
“Pada sebelah malam nanti (Selasa) saya akan mengukur baju pengantin untuk dipakai pada majlis kami nanti,” katanya.
Majlis resepsi Watie dan Joey, 38, akan diadakan pada pukul 8.30 malam, Sabtu ini di perkarangan Mydin Mall, Subang Jaya dekat sini bersempena Festival Kerja Kahwin ke-7.
Majlis resepsi pertama pasangan itu diadakan pada 1 Mei lalu di kediaman Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir.
Dalam perkahwinan sebelum ini Watie mempunyai dua orang anak tetapi seorang daripadanya meninggal dunia manakala Joey mempunyai seorang anak.

- ---

1 comment:

  1. kalau ko mengandung pun bagus jgk watie..x mcm janda laki ko tu,x beranak..tu sb kena cerai,hahahahaha ada anak angkat je nak buat apa..

    ReplyDelete

 
Gosip Artis Malaysia © 2012 | Designed by Canvas Art, in collaboration with Business Listings , Radio stations and Corporate Office Headquarters