Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Labels:

Wardina Tinggal Berlakon, Tetap Pengacara

Wardina Safiyyah.
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot tidak akan bersara daripada dunia hiburan sebaliknya mahu mengurangkan aktivit seni dengan mencuba perkara baru dalam hidupnya.
Wardina berkata, dia berpendapat tiada istilah bersara dalam dunia hiburan kerana ramai selebriti mencari rezeki melalui industri tersebut dan mengakui rindukan kepada bidang pengacaraan.
"Kalau bercakap pasal bersara sebagai pelakon itu benar kerana sudah lama saya tidak menerima tawaran berlakon tetapi tidak bersara daripada industri hiburan.
"Saya masih menerima tawaran pengacaraan kerana itu adalah satu pekerjaan yang sangat saya gemari kerana saya suka bercakap dan berkongsi idea dan akan menerima jika bersesuaian," ujarnya  pada Rabu.
Wardina adalah pengacara program Al-Hadiyah yang disiarkan pada setiap Jumaat, pukul 1 petang di TV3.
Dalam pada itu, Wardina berkata, dia ingin mempunyai program bual bicara sendiri jika diberi peluang suatu hari nanti dan mahu menfokuskan kepada isu-isu semasa yang boleh memberi manfaat kepada penonton.
Wardina berkata, dia bukan memilih tetapi lebih cenderung kepada program seumpama itu bersesuaian dengan pemikirannya yang lebih matang dalam memperkatakan perkara lebih serius.
"Rasanya sudah tidak sesuai mengacarakan program-program yang lebih ke arah santai dan hiburan kerana lebih cenderung dengan topik yang lebih serius. Itu adalah minat saya," katanya.
Dalam perkembangan sama, Wardina berkata, walaupun sudah tidak begitu aktif dalam bidang seni aktiviti hariannya padat setiap hari.
"Selain menguruskan rumah tangga dan anak-anak, saya juga banyak terlibat dalam program-program turun padang dan sedang memberi fokus kepada pengajian dalam bidang psikologi yang berbaki setahun lagi," katanya.
Sementara itu, bercakap mengenai kerjasamanya dengan jenama langsir terkenal iaitu Elyza's, Wardina memberitahu dia bersetuju berbuat demikian kerana selain merupakan pelanggan tetap dia tertarik dengan kualiti dan pilihan fabriknya yang pelbagai dan menarik.
"Saya sudah lama menggunakan jenama ini untuk hiasan langsir kediaman saya dan apabila pihak Elyza's ingin menaja set langsir rumah baru saya, ia adalah saat indah untuk saya.
"Bagaimanapun saya bukan bertindak sebagai duta jenama ini sebaliknya lebih kepada kerjasama antara dua belah pihak," katanya.

- ---

No comments:

Post a Comment

 
Gosip Artis Malaysia © 2012 | Designed by Canvas Art, in collaboration with Business Listings , Radio stations and Corporate Office Headquarters