Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Labels: ,

Ebi AF Nafi Jalin Hubungan Dengan Salma Mentor

Ebi Kornelis. - Foto ihsan ASTRO 
SHAH ALAM: Penyanyi Ebi Kornelis (Akademi Fantasia 5) menolak dakwaan terbaru yang mengatakan dia kini menjalin hubungan dengan penyanyi Salma (Mentor) secara rahsia.
Ebi atau nama sebenarnya Ebi Kornelis @ Firdaus Yaimal, 28, berkata gosip yang pertama kali didengarnya itu adalah sangat mengejutkan kerana mereka hanya kenalan biasa dan tidak pernah rapat sebelum ini.
“Saya tidak pernah dengar dakwaan (bercinta) ini. Saya akui sudah mengenali dia lebih dua tahun lalu, malah sebelum dia bergelar artis lagi tetapi kami tidak pernah rapat.
“Kami pernah terserempak pada beberapa persembahan nyanyian di Sabah tetapi tidak pernah berhubung. Saya juga tidak pernah ada nombor telefonnya sebelum ini,” hurainya ketika ditemui baru-baru ini.
Katanya, dia percaya dakwaan berkenaan timbul selepas mereka berduet dalam laguKasih Tak Sampai nyanyian asal kumpulan Padi pada minggu ketujuh program Mania.
“Saya mula berhubung dengan Salma untuk mengajak dia berduet dalam persembahan saya dalam Mania kira-kira dua minggu lalu.
“Namun, kami berhubung pun atas dasar kerja semata-mata dan langsung tidak pernah terfikir apa-apa yang serius,” jelasnya.
Salma
Ebi berkata, pengalaman hitam yang pernah dilaluinya ketika kontroversi dengan penyanyi Mila Jirin sebelum ini membuatkan dia berasa serik untuk memikirkan soal cinta.
“Saya belum bersedia untuk komitmen cinta pada waktu ini. Kontroversi saya dengan Mila kira-kira empat tahun lalu mengajar saya banyak perkara.
“Ia adalah detik hitam yang pernah merosakkan karier nyanyian saya. Kini saya mahu bangkit semula dan membuktikan kepada semua saya mahu berjaya dalam bidang ini,” luahnya.
Terdahulu, kontroversi hubungan Ebi dengan Mila pernah menimbulkan kekecohan apabila dia didakwa meludah ke arah penyanyi wanita itu akibat salah faham di antara mereka.
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Bukan Diriku ini berkata, dia kini sudah menemui formula muzik yang mampu melonjakkan kembali namanya dalam bidang muzik.
“Saya percaya pada bakat dan kelebihan saya yang boleh memberikan sesuatu kepada industri hiburan. Saya sudah menemui resepi dan formula yang bersesuaian. InsyaAllah selepas komitmen Mania, saya mahu keluar semula dengan gaya dan muzik baru,” kongsinya.
Selain aktif bergiat sebagai komposer muzik bagi runut bunyi telefilem dan drama, Ebi juga bakal tampil dalam filem Leftwings tidak lama lagi.

- ---

No comments:

Post a Comment

 
Gosip Artis Malaysia © 2012 | Designed by Canvas Art, in collaboration with Business Listings , Radio stations and Corporate Office Headquarters