Elly yang bertunang dengan pengarah Azmi Hata berkata, dia sudah bersedia bergelar isteri sejak memutuskan untuk sehidup semati dengan duda beranak dua itu, malah ingin merasai susah senang bekerluarga.
"Setakat ini persiapan perkahwinan kami sudah pun 50 peratus siap. Diakui, saya dah tak sabar dan teruja untuk bergelar isteri kepada Azmi.
"Alhamdulillah, melalui kehidupan sebagai tunangan orang tidaklah sesukar mana. Setakat merajuk sikit-sikit kerana sibuk dengan kerja masing-masing itu biasalah," katanya.
"Kalau boleh saya mahu berkahwin sekali dalam seumur hidup dan pastinya saya mahukan sesuatu yang indah di majlis perkahwinan saya nanti. Cuma biarlah ia diadakan sederhana dan ala kadar sahaja," tuturnya yang bakal menerima wang hantaran sebanyak RM11,111.11.
Sementara itu, Elly juga akan membuat kemunculan semula di bidang nyanyian menerusi single lagu terbarunya Please Forgive Me dan Kata Saja I Love You. Lebih menarik lagi, ia akan menjadi lagu soundtrack bagi filem 'Awan Dania The Movie'.
"Walaupun sibuk dengan kerja lakonan, tak mungkin saya dapat melupakan bidang nyanyian. Justeru itu saya ubati kerinduan peminat-peminat menerusi lagu Please Forgive Me dan Kata Saja I Love You, ciptaan Julfekar.
"Insya-Allah jika kedua-dua lagu ini mendapat respons yang baik, saya akan muncul pula dengan sebuah album dan setakat ini ia masih lagi di tahap perbincangan.
No comments:
Post a Comment